
"Adakah Anda Tercari-cari Tempat Training, Seminar Atau Makmal Berkomputer Serba Baru, Selesa, Profesional Dan Tersedia Capaian Internet Broadband Percuma SertaMudah Dikunjungi?"
Kini hilangkan kegusaran anda tentang banjir kilat, kesukaran parking, kemudahan awam bas, teksi, komuter, erl serta makanan yang diragui yang menghantui fikiran.
Daripada: Zaki Yusof Tarikh:
Per: Gandakan Keuntungan Seminar dan Kursus Anda Di Sini!
Salam sejahtera sahabatku,
Anda tentu mahukan pulangan yang lumayan dengan kursus yang anda jalankan tetapi jika kos yang tinggi, lokasi kursus tidak strategik dan paling menakutkan berisiko banjir, anda mungkin sukar untuk mencari peserta.
Anda mungkin ingin menyewa di hotel-hotel berbintang atau di training center tertentu. Namun masalahnya anda perlu memikirkan kemudahan dan lokasi yang strategik. Supaya senang peserta anda datang. Begitu juga dengan bajet anda!
Anda juga perlu berhati-hati! Bagaimana dengan kualiti perkhidmatan mereka? Bagaimana dengan peralatan-peralatan kursus yang mereka berikan? Seperti komputer, projektor dan sebagainya. Apakah peralatan tersebut akan berfungsi dengan baik? Apakah perkhidmatan mereka memuaskan hati anda? Saya akan kongsikan cerita saya kepada anda ketika menggunakan perkhidmatan di beberapa buah training center sebelum ini.
Hakikatnya ia adalah pengalaman pahit yang membuatkan saya sudah serik menyewa mana-mana training center lagi.
Namun kini, anda tak perlu bimbang. Jika anda masih buntu mencari lokasi seminar atau latihan berkomputer yang lengkap dan selesa di sekitar Lembah Klang iaitu di sekitar Selangor atau Kuala Lumpur, saya ada berita baik untuk anda.
Di sinilah tempatnya yang sesuai untuk anda mengadakan sebarang seminar atau latihan komputer. Tempat yang selesa, serba baru, lengkap dengan kemudahan tersedia samada kemudahan awam atau peralatannya seperti komputer, talian Internet, projektor dan sebagainya. Tambahan pula lokasinya yang strategik. Harganya pula mengikut bajet anda.
Sememangnya bukanlah sedikit belanja membina sebuah training center seperti ini yang lengkap dengan kemudahan setanding dengan training center lain. Namun, terpanggilnya saya untuk membinanya adalah kerana saya amat kecewa dengan servis semua training center yang pernah saya gunakan sebelum ini.
Sebanyak 6 kali (bukan sekali) saya 'dikenakan' dengan perkhidmatan yang sangat tidak profesional yang diberikan oleh mereka. Ia sama sekali berbeza seperti apa yang dijanjikan kepada saya semasa perbincangan.
Sebenarnya, saya juga menjalankan beberapa kursus berkenaan ICT. Setiap kali kursus ia melibatkan penggunaan komputer yang banyak iaitu 20 unit komputer dan setiap komputer tersebut perlu ada capaian Internet yang laju iaitu sekurang-kurangnya 1MBps. Oleh itu saya hanya boleh menjalankan kursus di Training Center terpilih yang ada kemudahan-kemudahan tersebut sahaja.
Kalau nak buat di hotel tak bolehlah... lagipun hotel mana yang ada kemudahan komputer sebanyak itu tambahan pula capaian talian Internet di hotel perlu disewa mengikut jam untuk setiap peserta. Tak praktikal lah nak buat di hotel.
Oleh yang demikian saya menyewa beberapa buah training center terpilih berdasarkan kepada keperluan dan kriteria yang saya tetapkan. Saya memang agak cerewet dalam membuat pemilihan kerana saya juga akan memikirkan dari segi lokasi, kemudahan peralatan, keadaan ruang dalaman, harga dan sebagainya.
Saya sedang mengadakan kursus ICT di sebuah training center yang disewa.
Namun, apa yang mengecewakan saya kualiti perkhidmatan mereka sangat tidak memuaskan saya. Banyak masalah yang timbul walaupun mereka janji semuanya akan okay! Oleh itu terpaksalah saya berpindah randah mencari training center lain bagi menjamin kualiti perkhidmatan untuk peserta-peserta saya memuaskan hati mereka.
Begini ceritanya...
Cerita Ini Untuk Renungan Dan Iktibar Bersama. Semoga Anda Tidak Mengalami Pengalaman Seperti Saya Ini...
Tak perlulah saya nyatakan nama-nama training centernya. Agak terkenal juga. Tetapi hakikatnya, perkhidmatan mereka umpama melepas batuk ditangga. Saya harap apa yang berlaku kepada saya ini tidak akan berlaku kepada anda juga.
Untuk itu, saya ingin memperkenalkan sebuah Training Center alternatif untuk anda!
Kemudahan yang disediakan di sini serba baru dan terkini seperti kerusi, meja, alat bantuan mengajar, komputer dan lain-lain lagi. Ini akan menjamin keselesaan jika anda berada di sini.
Tambahan pula lokasinya yang strategik yang mempunyai pelbagai pilihan kemudahan awam seperti LRT-STAR, Komuter, KLIA Transit, bas dan teksi akan memudahkan peserta datang ke lokasi JTC walaupun mereka datang dari mana-mana negeri pun!
Daripada pengalaman yang saya ceritakan di atas, ianya akan menjadi iktibar kepada saya. Saya akan pastikan perkara-perkara di atas (pengalaman saya) tidak berlaku kepada anda jika anda berada di training center saya ini. Saya tak mahu anda menerima nasib yang sama seperti saya.
Lokasi JTC ini senang sahaja untuk dicari. Ia terletak di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia iaitu hanya bersebelahan laluan Lebuhraya Middle Ring Road 2 (MRR2).
Jika anda dari Shah Alam (iaitu mengikut Kesas Highway) atau dari Tol Sg. Besi atau dari arah KL maka anda meng-arah laluan (sign board) ke Ampang/ Kuantan/ Cheras, maka JTC terletak di sebelah kanan anda.
Manakala jika anda dari Ampang, Gombak, Cheras atau Kuantan menghala ke Sri Petaling/ Bukit Jalil/ Highway Sg. Besi Seremban maka JTC di sebelah kiri anda.
Peta lokasi dan alamat lengkap adalah seperti di bawah:
Lebuhraya MRR2 (tidak bertol)
Untuk sampai ke JTC sangat mudah. Ada berbagai cara yang boleh digunakan untuk sampai ke sini. Kemudahan awam juga banyak tersedia. Peserta anda boleh memilih mana-mana salah satu kemudahan awam yang sedia ada seperti di bawah.
Stesen Berpusat Bandar Tasik Selatan (Stesen BTS). Di Stesen ini terdapat kemudahan untuk:
1- STAR - LRT 2- Komuter - KTM 3- KLIA Transit 4- Bas 5- Teksi
...dari atau ke KL Sentral atau stesen-stesen lain yang berkenaan. (Nota: Perkhidmatan STAR - LRT tiada di KL Sentral. Sebagai alternatif ia boleh didapati di stesen LRT Plaza Rakyat iaitu berhampiran terminal hentian bas Puduraya).
Waktu perjalanan untuk sampai ke Stesen BTS mengambil masa yang singkat. Jika LRT-STAR (20-25 minit dari stesen Plaza Rakyat di Puduraya), Komuter (15-20 minit dari KL Sentral), KLIA Transit (10 minit dari KL Sentral), Bas / Teksi (20 minit dari KL Sentral - bergantung kepada trafik).
Sampai di Stesen BTS ini, anda hanya perlu berjalan kaki ke lokasi JTC menggunakan laluan berbumbung. Sila berjalan ke arah sisi kanan anda sebaik sahaja keluar dari Stesen BTS menuju laluan pejalan kaki berbumbung hingga anda melalui jejantas berbumbung menyeberangi lebuhraya MRR2.
Seterusnya berjalan kaki menuju ke arah Stesen Minyak Shell (stesen minyak Shell boleh dilihat semasa anda berada di atas jejantas lebuhraya). Di hadapan stesen minyak Shell ialah bangunan berwarna biru iaitu bangunan Metro Center. Bangunan ini ialah bangunan untuk parking kenderaan sahaja.
Dihadapan bangunan parking Metro Center ini ialah Jalan 3/146. Turuti jalan tersebut sehingga anda menjumpai bangunan Wisma DPI-INVERGOLD di sebelah kiri anda. Bangunan Wisma DPI-INVERGOLD adalah seperti di bawah.
Berjalan kaki dari Stesen Bandar Tasik Selatan ke JTC hanya mengambil masa lebih kurang 10-15 minit sahaja.
Jika anda memandu kenderaan sendiri, parking bertingkat terletak di Metro Center iaitu bangunan berwarna biru berhadapan dengan Stesen minyak Shell. Kadar bayaran parking hanya RM4 sekali masuk. 5 minit sahaja berjalan kaki untuk ke lokasi JTC.
Sekiranya pada waktu cuti seperti Sabtu dan Ahad, ruang parking yang ada di hadapan bangunan-bangunan pejabat kebanyakannya ada yang kosong. Peserta anda boleh meletakkan kenderaan di lot parking tersebut. Ianya adalah PERCUMA.
Di sinilah terletaknya training center JTC. Terus masuk ke ruangan lobi (tiada guard) Wisma DPI- INVERGOLD. Tekan lif untuk naik ke tingkat 4.
Selepas anda keluar lif, anda akan menjumpai pintu masuk ke JTC. Anda dijemput masuk ke dalam.
Anda telah sampai di JomTraining.com.
Sebaik memasuki JTC anda akan menjumpai ruang tamu. Ruang tamu ini serba santai tetapi selesa bagi membuatkan anda dan peserta berasa seronok berada di sini. Anda akan melihat sebuah kaunter receiptionist untuk menyambut peserta yang hadir.
Anda mungkin ingin menyambut mesra peserta-peserta anda nanti. Kaunter ini anda boleh gunakan untuk kaunter pendaftaran peserta.
Anda boleh mengadakan sebarang jenis kursus di sini (selagi kursus yang tidak menyalahi undang-undang lah yer! :-)). Untuk kursus yang memerlukan meja dan kerusi, ruang bilik latihan boleh memuatkan 22 orang peserta dalam satu masa.
Meja boleh disusun atur untuk memuatkan sehingga 20 orang peserta jika anda memerlukan meja untuk peserta anda menulis.
Jika anda memerlukan penggunaan komputer, komputer riba (notebook) juga disediakan. Kelebihan penggunaan notebook ialah ia tidak menggangu pandangan dengan halangan monitor untuk peserta melihat presentation anda di hadapan berbanding menggunakan desktop.
Semua komputer adalah notebook serba baru dan berjenama. Prestasinya terjamin. Memorynya adalah 1.5GB RAM. Kesemuanya disediakan dengan mouse. Oleh itu penggunaannya sama sahaja seperti komputer meja (desktop).
Dengan menggunakan notebook, ruang untuk peserta jadi lebih luas dan selesa. Juga tiada gangguan pada ruangan kaki di bawah meja seperti CPU dan kabel yang berselirat berbanding jika menggunakan desktop .
Talian Internet juga tersedia secara wireless. Kesemua ruangan di dalam JTC adalah WiFi Zone. Jadi anda juga boleh akses Internet walau di luar training room. Ianya pantas dan selesa iaitu menggunakan capaian Internet Broadband 2.0Mbps Streamyx.
Kebanyakan hotel mengenakan caj tambahan untuk penggunaan Internet tetapi di persekitaran JTC ini anda boleh gunakannya secara PERCUMA!
Ruang untuk anda keluar masuk di antara meja juga adalah ideal sesuai untuk kursus jenis praktikal yang memerlukan bimbingan kepada peserta dari meja ke meja. Tidak seperti di sesetengah training center anda perlu meminta peserta tepi keluar dulu untuk anda masuk ke peserta disebelahnya kerana jarak antara meja yang sempit. Tetapi di sini susun aturnya luas dan selesa.
Dengan keluasan bilik yang besar, susunannya ideal dan peserta lain tak akan terganggu. Kursus anda akan berjalan dengan lancar.
Peserta anda akan mendapatkan pandangan terbaik dengan susun atur kedudukan alat bantuan mengajar yang ringkas dan mudah alih. Anda boleh mengalih mana-mana kedudukan alat bantuan mengajar mengikut keselesaan anda kerana semua alatan tersebut mudah-alih.
Alat bantuan mengajar yang disediakan ialah magnetic whiteboard, projector screen, flip-chart board dan LCD projector.
Bilik latihan berhawa dingin sepenuhnya menggunakan 2 unit sistem penghawa dingin ioniser. Anda boleh mengawal sendiri tahap suhu bilik kerana alat kawalan penghawa dingin disediakan di dalam bilik latihan.
Pencahayaan di dalam bilik adalah cukup terang. Sesuai untuk latihan. Tidak silau atau suram. Anda juga boleh menghidup atau mematikan mana-mana baris lampu yang anda inginkan bagi mengawal pencahayaan mengikut kesesuaian anda. Suis lampu ada berhampiran dengan anda.
Anda dapat memastikan semua peserta dalam perhatian anda kerana mudah untuk melihat mereka. Ini boleh membantu anda menyampaikan kursus anda dengan lebih berkesan lagi.
Sekiranya anda ingin mengadakan Seminar, ruang yang sama juga boleh diubahsuai untuk Seminar yang tidak memerlukan meja. Hanya susun atur kerusi pada kedudukan terbaik dan ia boleh memuatkan sehingga 40 orang peserta dalam satu masa .
Ruang kaki dan jarak kedudukan kerusi perserta selesa. Tidak terlalu rapat hingga peserta rasa letih. Kerusi yang berspan (bukan kerusi kayu) akan membuatkan peserta duduk dengan lebih selesa walaupun untuk tempoh beberapa jam.
Pandangan dari pelbagai sudut. Peserta akan dapat view yang terbaik untuk melihat presentation anda dengan jelas.
Dengan adanya ruang makan berhadapan dengan bilik Seminar, maka lebih mudah untuk peserta anda berehat.
Cafe dilengkapi set meja makan yang boleh memuatkan 4-5 orang satu meja.
Disediakan beberapa unit kipas angin agar suasana di cafe lebih segar dan tidak terlalu sejuk selepas peserta berada di bilik latihan atau seminar selama beberapa jam.
Cafe juga disediakan dengan kemudahan mesin air panas dan sejuk (self made) dan peserta anda boleh membancuh sendiri air mengikut pilihan mereka bila-bila masa sahaja. Teh, nescafe, milo dan sebagainya. Ianya percuma. Tiada di hotel-hotel!
Konsep santai dan relax semasa menjamu selera akan membuatkan peserta anda kembali kepada mood terbaik selepas selesai menjamu selera.
Makanannya terjamin halal. Disediakan oleh katering atau restoran terpilih dan dimasak oleh orang Melayu sahaja.
Sepanjang saya menggunakan perhidmatan di training center lain, tiada kemudahan seperti ini ditawarkan kepada saya.
Sebuah bilik khas untuk anda dan urusetia anda berehat.
Oleh itu anda boleh berehat dengan secukupnya di dalam bilik ini tanpa gangguan peserta sebelum anda menyambung sesi yang seterusnya.
Anda juga boleh gunakan untuk anda dan peserta anda berbincang secara personal.
Di luar bilik ini ada tertulis perkataan For Staff Only. Bermakna tiada sesiapa boleh memasukinya melainkan anda dan urusetia anda sahaja.
Bilik dilengkapi dengan kemudahan TV, sofa dan penghawa dingin. Anda atau urusetia anda boleh berehat sambil menonton TV.
Anda juga boleh meletakkan barang-barang keperluan training anda di dalam bilik ini.
Bagi memudahkan untuk menunaikan solat, disediakan sebuah bilik sembahyang. Disebelah bilik sembahyang ada tempat mengambil wuduk. Anda boleh berwuduk dengan selesa di sini - suci dan diyakini kesuciannya.
Tak perlulah anda terpaksa berwuduk di dalam tandas yang boleh meragukan kesuciannya. Selipar untuk berwuduk disediakan.
Kebersihan bilik sembahyang sentiasa dijaga. Tiadalah sejadah berbau hapak, karpet berbau dan sebagainya. Untuk muslimat, kain telekung juga disediakan. Bersih dan selesa. Dalam Islam, kebersihan sebahagian daripada Iman.
Terdapat dua tandas berasingan untuk lelaki dan wanita. Paip tandas (salur getah) disediakan untuk anda mudah bersuci.
Tidak seperti kebanyakan hotel berbintang, masalah apabila anda ingin berhajat kerana tiada kemudahan paip tandas (kerana nak menjaga status berbintang).
Kadangkala tidak menjumpai dimana paip air untuk bersuci. Rupa-rupanya hanya menggunakan pancutan sahaja. Akhirnya anda tak jadi untuk berhajat kerana sukar untuk bersuci!
Namun, tandas yang ada di sini sama seperti di rumah anda juga. Mudah digunakan. Kebersihan dan keadaan tandas pula sentiasa dijaga dari masa ke semasa.
Semua komputer adalah notebook berjenama. Jumlahnya sebanyak 20 unit. Kesemuanya baru dan terkini. Oleh itu tiadalah gangguan semasa kelas kerana masalah komputer tak berfungsi, monitor, keyboard rosak dan sebagainya.
Semuanya adalah wireless ready. Spesifikasi notebook adalah seperti di bawah:
Peralatan tambahan seperti power extension juga disediakan percuma jika anda ingin menggunakan komputer anda sendiri. Kebanyakan hotel atau training center lain mengenakan caj berasingan atau anda terpaksa membawanya sendiri.
Semua power point terletak di bahagian dinding. Bukan di lantai yang boleh mengganggu laluan anda. Kedudukan power point dalam keadaan teratur dan kemas yang tidak akan menganggu anda dan peserta seperti tersepak, tersangkut atau sebagainya.
Berjenama Dell. Ada alat kawalan jauh (remote control). Anda boleh menggerakkan presentation slide (powerpoint) anda hanya dengan menekan remote control ini tanpa perlu menekan keyboard di komputer anda. Oleh itu anda boleh bebas bergerak berdekatan peserta dan dalam masa yang sama slide presentation anda boleh dikawal dari jarak jauh.
Capaian Internet boleh diakses dimana-mana sahaja di dalam persekitaran training center ini. Capaian Internet adalah dengan menggunakan capaian tanpa wayar atau wireless (WiFi).
Jika anda ada notebook yang ada WiFi (WiFi ready - semua notebook terkini ada kemudahan ini) maka anda boleh bawa notebook anda ke sini. Saya akan berikan password untuk anda mengakses talian Internet broadband ini.
Ya... saya berikan PERCUMA dan tidak banyak soal-jawab. Kemudahan percuma seperti ini tiada di hotel-hotel berbintang (kalau ada pun tentu cajnya tinggi mengikut jam ataupun pengguna)
Talian Internet menggunakan Streamyx Broadband 2.0MBps. Saya memilih Streamyx kerana dari pengalaman saya yang telah menggunakannya selama beberapa tahun, ia adalah stabil dan beroperasi dengan baik setiap masa. Uptimenya boleh dipercayai sehingga 99.9%.
Mulakan Sesi Training atau Seminar Anda diJomTraining.com Sekarang Kerana...
Tempah Tarikh Anda Sekarang! Tawaran Harga Istimewa.
Sesuai Untuk Anda Mengadakan...
Kepuasan Pelanggan
Testimoni Pelanggan
"Tempat kursus yang benar-benar selesa. Kami dan pelajar berpuashati dengan layanan & makanan (kalau nak belajar di sini pastikan perut kosong). Makanan memang sedap. Bilik seminar yang selesa dan tenang. Kami amat berpuashati dengan tempat seminar ini. Berbaloi dengan apa yang kami bayar. Semuanya ada di sini."
Mohd Fazli Hj. Mat Zain ( 019-393 9797) Bengkel Dandanan & Sanggul
"Kemudahan yang disediakan amat memuaskan. Disyorkan untuk pelaksanaan kursus-kursus lain."
Mohd Sani Mat Isa
sekarang untuk mendapatkan sebutharga.
Cepat... booking tarikh kursus anda sekarang! Dapatkan sebutharga terlebih dahulu...
Pengarah Urusan
P.S: Pemilihan lokasi sesebuah training center adalah penting bagi memastikan kursus yang anda jalankan mudah untuk dikunjungi peserta. Ini akan menarik lebih ramai peserta datang ke kursus anda. Anda boleh menggunakan laman web ini untuk panduan peserta mencari lokasi.
P.P.S: Mengapa perlu membayar sewa yang tinggi dengan kemudahan serba uzur? Anda boleh menjimatkan kos sewaan yang tinggi berbanding menyewa di hotel-hotel berbintang atau training center lain kerana kemudahan yang ditawarkan di sini serba baru dan setanding di hotel-hotel berbintang. Harga istimewa ini boleh berubah bila-bila masa dan dengan harga ini saya jamin anda dapat meningkatkan keuntungan kursus atau seminar anda. Cepat! Dapatkan sebutharga.
P.P.P.S: Tak percaya? Anda boleh datang sendiri dan lihat. Bawa notebook anda ke sini untuk mencuba capaian Internet di sini. Oleh kerana kepakaran saya juga dalam IT, maka masalah berkaitan IT seperti wireless access, Internet dan sebagainya (jika ada) boleh saya kenalpasti dengan segera. Saya akan memastikan kesemua alatan berfungsi dengan baik sebelum digunakan. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lokasi | Pengangkutan Awam | Jenis Kursus | Kemudahan | Galeri Foto | Sebutharga