Untuk sampai ke JTC 1 sangat mudah. Selain memandu
terus ke sini, ada
berbagai cara anda boleh sampai ke sini. Kemudahan awam
juga banyak tersedia.
Jika
anda ingin menggunakan pengangkutan awam, anda boleh memilih mana-mana
salah satu kemudahan pengangkutan awam yang disediakan di bawah.
Stesen hentian yang anda
perlu tuju
ke sini
ialah
Stesen Bandar Tasik Selatan (BTS) atau Terminal
Bersepadu Selatan (TBS). Anda boleh
menggunakan:
-
STAR-LRT (20-25 minit dari stesen
Plaza Rakyat di Puduraya) atau dari rangkaian stesen STAR-LRT yang
berkaitan.
-
Komuter (15-20 minit dari
KL Sentral)
atau dari rangkaian stesen KTM yang berkaitan.
-
KLIA
Transit (10 minit dari KL Sentral, 20 minit dari KLIA) atau dari
rangkaian stesen ERL berkaitan.
-
Bas / Teksi (20 minit
dari KL Sentral - bergantung kepada trafik) - dari stesen terpilih.
(
Nota:
Perkhidmatan STAR - LRT tiada di KL Sentral. Sebagai
alternatif ia boleh didapati di stesen LRT Plaza Rakyat
iaitu berhampiran terminal hentian bas Puduraya atau
di rangkaian stesen lainnya).
Stesen Bandar
Tasik Selatan (Stesen BTS) yang sekarang ini berdekatan dengan Terminal
Bersepadu Selatan (TBS) yang baru siap dibina.

Pintu
masuk / keluar utama Stesen Bandar Tasik
Selatan (Stesen BTS), KL.
Untuk perjalanan pulang
anda boleh menggunakan kemudahan yang sama seperti anda
datang ke sini dengan menggunakan perkhidmatan:
1- STAR -
LRT
2- Komuter -
KTM
3- KLIA
Transit
4- Bas
5- Teksi
...
ke KL Sentral atau
destinari
stesen-stesen lain yang terpilih.
Jika
Berjalan Kaki ke JTC

Setelah sampai di Stesen BTS ini, anda
boleh berjalan kaki ke lokasi JTC menggunakan laluan berbumbung.
Sila
berjalan ke arah sisi
kanan anda sebaik sahaja keluar dari Stesen BTS menuju ke laluan pejalan kaki berbumbung sehingga anda menjumpai
laluan jejantas
berbumbung menyeberangi lebuhraya MRR2.
Seterusnya berjalan kaki menuju ke arah Stesen
Minyak Shell (stesen minyak Shell boleh dilihat ketika anda
berada di atas jejantas berbumbung menyeberangi lebuhraya - sebelah kanan anda). Di hadapan stesen minyak Shell
ialah bangunan berwarna biru iaitu bangunan Metro Center (seperti di bawah)
dan V-Hotel.
Stesen Minyak
Shell, Bangunan Biru Metro Center,
V-Hotel dan TEKUN NASIONAL
adalah landmark yang mudah untuk mencari kawasan
ini.
Bangunan
biru tersebut
ialah bangunan untuk parking bertingkat kenderaan. Anda sudah menghampiri
JTC. (Di kawasan inilah JTC).
Jika Memandu
Kenderaan.

Parking
bertingkat di
Metro Center
(bangunan biru).
Di hadapan bangunan biru ini
adalah V-Hotel.
Jika anda memandu kenderaan sendiri, parking
bertingkat terletak di bangunan berwarna biru ini yang
berhadapan dengan Stesen minyak Shell. Kadar bayaran parking hanya RM4
sekali masuk. Kemudian anda boleh berjalan kaki 5 minit sahaja ke lokasi
JTC 1.
Di hadapan bangunan parking Metro Center ini
ialah Jalan Tasik Selatan 3 (Dahulunya
Jalan
3/146. Peta di dalam Google Map masih menggunakan nama Jalan 3/146).
Turuti jalan tersebut sehingga anda
menjumpai bangunan Wisma
DPI-INVERGOLD. Bangunan WISMA
DPI-INVERGOLD akan berada di sebelah kiri anda. Bangunan
tersebut adalah seperti di bawah.
Di sinilah terletaknya JTC 1.
Terus masuk ke ruangan lobi (tiada guard) dan ada lif. Tekan lif ke
tingkat 4.
Sekiranya pada waktu cuti seperti Sabtu,
Ahad dan cuti umum, banyak ruang parking kosong di hadapan bangunan-bangunan pejabat. Anda boleh meletakkan
kenderaan di lot parking kosong tersebut. Ianya adalah PERCUMA.
Sekiranya
ruang parking penuh, anda boleh parking di bangunan biru
(banyak parking di sana) dengan bayaran hanya RM4/entry.
Ruang Dalaman JTC 1

Ruang tamu / menunggu
Sebaik
memasuki JTC 1 anda akan menjumpai ruang tamu. Ruang tamu ini serba
santai tetapi selesa bagi membuatkan anda dan peserta berasa seronok
berada di sini.
Anda boleh menggunakan kaunter
pendaftaran ini
untuk menyambut kehadiran peserta nanti. Kaunter ini juga boleh digunakan untuk kaunter pendaftaran peserta.
Bilik Kursus / Seminar /
Berkomputer
Anda
boleh mengadakan sebarang jenis kursus di sini (selagi kursus yang
tidak menyalahi undang-undang lah yer! :-)). Untuk kursus yang
memerlukan meja dan kerusi, ruang bilik latihan JTC 1 boleh memuatkan 30 orang peserta dalam satu masa.
Susunan meja
adalah yang selesa untuk peserta bergerak keluar masuk.
Boleh
memuatkan 30 orang dengan keadaan paling
selesa.
Jika
tiada meja (kerusi sahaja) boleh memutkan
40-50 orang.
Pandangan ke hadapan dan alat bantuan mengajar.
White board, skrin projektor gantung di siling, flip chart.

Kursus berkomputer.
Semua komputer menggunakan
notebook.
Memudahkan pandangan peserta.

Keadaan notebook
sebenar yang bersih dan diselenggara baik.
Jenama Dell dan Acer.

Susunan jenis classroom
bilik training JTC 1.
Memuatkan 30 orang (bermeja dan kerusi).
Kafe / Tempat Makan
Tempat makan adalah di
dalam JTC juga. Ini memudahkan masa kursus anda daripada
mencari tempat makan di luar. Jimatlah masa anda.
Meja makan.

Tempat hidangan makanan secara buffet. 3 kali makan
sehari.
Surau / Bilik Solat
Lelaki & Wanita
Surau wanita dan lelaki
adalah berasingan. Tempat wuduk dan selipar wuduk juga
disediakan.

Surau Wanita

Tempat wuduk.

Surau Lelaki
Tandas
Lelaki & Wanita
Tandas lelaki dan wanita
berasingan. Keadaan tandas dijaga dengan bersih.
Kemudahan bersuci adalah mengikut kaedah syarak. Paip
air dan salur getah memudahkan anda bersuci.
Kebanyakan hotel berbintang menyusahkan anda untuk
menggunakan tandas kerana tiada kemudahan bersuci yang
selesa. Bahkan paip air pun tiada!
Foto Sebenar Album & Kursus JTC 1
Hotel / Penginapan
Sekiranya
anda memerlukan tempat penginapan, terdapat beberapa buah hotel berdekatan
yang boleh dicadangkan untuk pilihan anda. Bergantung kepada
bajet dan keselesaan anda.
Kesemua hotel / penginapan di bawah ini
adalah berdekatan sahaja, malah ada yang berjalan kaki
hanya 100m atau kurang 10-15 minit jaraknya (jika memandu / teksi) ke
JTC 1.
|
 |
Pilihan #1-
Disyorkan: V Hotel
100m
dari JTC 1.
Jalan kaki sahaja!
No. 3 Jalan 8/146, Metro Centre,
Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-9057 6855 Faks: 03-9057 6860
www.vhotel.com.my
|
|

|
Pilihan #2 - Disyorkan:
Pusat Belia Antarabangsa (IYC)
Perlu memandu (10 min)
Pusat Belia
Antarabangsa
(International Youth
Centre)
Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur. Tel: 03-9171 9204/05 Faks: 03-9172 6682
www.iyckul.org.my
|
|

|
Pilihan #3 - Pilihan: Hotel Sri Petaling (3***)
Perlu
memandu (10 min)
Hotel Sri Petaling 30, Jalan Radin Anum, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur. Tel: 03-9058 2323 Faks: 03-9058 2000
www.hotelsripetaling.com.my |
|

|
Pilihan #4 - Disyorkan
Anda boleh menginap di mana-mana hotel sekitar Puduraya,
KL (banyak pilihan hotel di sana).
Untuk
ke JTC 1 anda boleh ambil tren LRT STAR di Stesen Plaza Rakyat
(berdekatan dengan Puduraya, KL) dan naiki tren menuju ke Sri Petaling.
Pastikan anda bayar tambang untuk turun di Stesen Bandar Tasik Selatan
(BTS) - bukan Sri Petaling.
Tambang ke BTS hanya RM1.70 sehala. Perjalanan tren ke BTS mengambil masa
20 minit sahaja.
Apabila
anda turun di Stesen BTS anda boleh berjalan kaki sahaja dengan hanya 15 minit ke
JTC 1.
(Panduan lokasi seperti penerangan di atas) |
Kelebihan JTC 1
|
|
 |
Lokasi
yang mudah dicari. Di sebelah MRR2 sahaja dan berdekatan dengan stesen BTS dan
TBS (jarak jalan kaki ke JTC 1)
|
|
 |
Kemudahan awam seperti STAR-LRT, Komuter,
KLIA
Transit, bas, teksi boleh didapati di KL Sentral atau stesen-stesen
lain yang berkenaan untuk ke TBS atau Bandar Tasik Selatan.
|
|
 |
Boleh berjalan kaki
15-20 minit
sahaja
dari Stesen Bandar Tasik Selatan
(BTS)
@ Terminal Bersepadu Selatan
(TBS) menuju ke JTC 1.
|
|
 |
Bagi
yang membawa kenderaan sendiri (kereta), terdapat ruang parking
bertingkat berdekatan. Ruang parking bertingkat dapat mengelakkan risiko banjir kilat seperti yang
selalu berlaku di ibukota KL. Caj parking yang murah iaitu RM4.00 sahaja
sekali masuk. Bagi yang membawa motosikal parking ada di lot-lot
terbuka di hadapan bangunan. Parking motorsikal percuma!
|
|
 |
Pada
hari cuti seperti Sabtu, Ahad atau cuti umum lain, banyak lot parking
kereta di hadapan bangunan pejabat yang kosong. Ianya percuma.
|
|
 |
Ruang dalaman yang selesa, berhawa dingin,
kelihatan baru dan bersih. Mood yang terbaik untuk persekitaran sesuatu kursus atau seminar.
|
|
 |
Ruang dalaman tiada gangguan. Tertutup dari pandangan luar. Peserta akan mudah memberi tumpuan.
|
|
 |
Kemudahan alat bantuan mengajar
serba baru seperti LCD
projector gantung, whiteboard,
flip-chart.
|
|
 |
Kemudahan
komputer yang baru dan sentiasa dijaga prestasinya.
Menjamin kursus diadakan dengan lancar tanpa ada gangguan teknikal
seperti monitor rosak, CPU rosak, mouse rosak dan sebagainya.
|
|
 |
Kemudahan
WiFi Internet Broadband UniFI 5MBps secara
percuma
sepanjang masa.
|
|
 |
Ruang
makan di tempat yang sama. Peserta rasa lebih selesa tak perlu mencari
tempat makan lain di luar. Ini juga akan memudahkan anda mengawal masa
kursus anda setiap kali waktu rehat.
|
|
 |
Tiada
risiko banjir. Parking bertingkat ke atas. Kedudukan geografi
bangunan-bangunan pejabat adalah tinggi berbanding jalan utama. Tiada
risiko banjir kilat walaupun anda meletakkan kenderaan di parking
terbuka.
|
|
 |
Harganya
murah jika dibandingkan dengan training center atau hotel berbintang
lain kerana di sini saya sendiri yang menguruskannya. Saya juga
memantaunya setiap masa. Saya jamin anda akan mendapat 100% kepuasan.
|
|
 |
Makanan HALAL dimasak oleh orang Melayu sahaja. Bukan bangsa lain. Fikirkan makanan di hotel-hotel!
|
|
 |
Dimiliki
oleh syarikat perseorangan (bukan perkongsian). Jika anda menghadapi
masalah atau tidak berpuashati dengan perkhidmatan ini, terus laporkan
kepada saya dan maklumbalas anda akan terus diambil perhatian.
|
|
Jadual
Tempahan JTC 1
(Ruang berwarna merah @ paparan masa adalah tarikh yang telah ditempah)
SELAMAT MENCUBA... Sekali Cuba Selalunya Nak Lagi!
Cubalah...