Anda Memilih JTC 2 di
1 Puchong Business Park,
Selangor.
"Lokasi
Mudah DiCari,
100 Meter Jalan Kaki Dari Hotel.
WiFi Percuma, Parking Percuma,
Banyak Hotel Berdekatan dan
Tiada Risiko Banjir Kilat!"
Dimanakah Lokasi
JTC 2?
Lokasi JTC 2 senang
sahaja dicari. Ia terletak di 1 Puchong Business Park, Puchong, Malaysia iaitu hanya bersebelahan laluan
Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).
Landmark 1 Puchong Business Park (sebelah kiri anda)yang boleh
dilihat
ketika melalui LDP di Bandar Puchong (selepas
melepasi IOI Jusco).
1 Puchong Business Park adalah
satu kawasan baru yang dibangunkan mengandungi beberapa lot
pejabat. Juga terdapat beberapa buah hotel yang berdekatan (berjalan
kaki sahaja) iaitu Hotel Sun Inns, Hotel Best View dan
Classical Boutique Hotel.
JTC 2
JTC 2 & Pejabat Urusan
LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.
47-1, Jalan OP 1/2,
1 Puchong Business Park,
47160, Puchong, Selangor. MALAYSIA.
Jika anda memandu dari KL /
Ampang / Gombak / Cheras
/ Kuantan menggunakan KESAS
Highway maka anda hendaklah keluar pada (sign board) ke Puchong. Tapi
pastikan anda keluar pada signboard Puchong yang kedua. (Ada
2 signage Puchong disepanjang laluan KESAS highway. Satu Puchong
lama, dan satu lagi Puchong baru - bandar Puchong).
Keluar selepas menjumpai signage Puchong yang
kedua (bandar Puchong Jaya).
Sekiranya anda keluar ke Puchong yang pertama,
anda akan menuju ke Puchong lama dan agak kurang lancar perjalanannya
berbanding jika anda gunakan laluan keluar Puchong yang kedua.
Apa Pengangkutan Awam Yang Ada?
Untuk sampai ke JTC 2 sangat mudah. Selain memandu
terus ke sini, ada
berbagai cara anda boleh sampai ke sini. Kemudahan awam
juga ada tersedia.
Jika
anda ingin menggunakan pengangkutan awam, anda boleh memilih mana-mana
salah satu kemudahan pengangkutan awam yang disediakan di bawah.
Anda
boleh menggunakan beberapa pilihan untuk sampai ke sini
iaitu:
#1. Bas Awam - Rapid KL.
Naik di
Stesen Pasar Seni / Bas Stand Kotaraya
(Central Market), KL.
Nombor bas
U60, U69, U70
Tambang bas RM3 / sehala.
Bas henti-henti.
Tempoh perjalanan (lebih kurang 1 jam.
bergantung kepada trafik dan kekerapan
henti-henti)
Turun terus di hadapan JTC. Beritahu
driver turunkan berdekatan Hotel Sun Inn
/ Boutique..
Dari Selatan: Melaka, Batu Pahat / Muar,
JB, Singapura, Endau / Mersing
Dari Utara: Lumut, Teluk Intan, Kuala
Kangsar, Ipoh, Kulim / Kuah / Baling /
Pangkalan Hulu, Butterworth, Penang,
Alor Setar, Sungai Petani, Kuala Perlis,
Kangar, Padang Besar.
Dari Timur: Kota Bharu, Rantau Panjang,
Kuala Terengganu, Dungun / Kemaman,
Kuantan.
Destinasi anda akan turun di belakang TESCO Puchong.
Kaunter tiket & stesen menunggu
di belakang TESCO Puchong:
Tel: 03-58806676
Waktu kaunter: 8.00am-10.30pm(setiap hari)
Waktu mengambil dan menurunkan penumpang
- stesen dibuka 24 jam.
Ambil teksi di hadapan TESCO untuk ke JTC2
atau terus ke hotel berhampiran sekitar Puchong. Tambang kurang RM5.
#3. KLIA
Transit
Dari KLIA / LCCT turun di Stesen ERL Putrajaya. Perjalanan
ERL 20 minit dari KLIA.
Ambil teksi di ERL Putrajaya. Perjalanan
teksi 20 minit dari
Putrajaya.
Anggaran tambang
teksi RM30-RM40 ke Bandar Puchong.
Dari mana-mana ke Puchong.
Kadar tambang bergantung kepada jarak dan lokasi
anda.
Tambang teksi dari KLIA @ LCCT ke
Puchong adalah RM65.
LRT masih
dalam pembinaan dan dijangka beroperasi pada akhir 2014.
Selepas
sampai di sini
anda boleh
terus parking di hadapan JTC 2. Parking adalah
percuma dan banyak ruang kosong.
Terus masuk ke ruangan lobi dan ada lif. Tekan lif ke
tingkat 1.
Lif
di JTC 2. Naik ke tingkat 1.
Ruang Dalaman JTC 2
Ruang menunggu /
makan
Kaunter
pendaftaran
Sebaik
memasuki JTC 2 anda akan menjumpai ruang tamu. Ruang tamu ini serba
santai tetapi selesa bagi membuatkan anda dan peserta berasa seronok
berada di sini. Anda akan melihat sebuah kaunter penyambut tetamu
untuk menyambut peserta yang hadir.
Kaunter ini juga boleh digunakan untuk kaunter pendaftaran peserta.
Foto Sebenar Album & Kursus JTC 2
JTC 2 telah banyak memberikan
perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan baru dan lama. Untuk
melihat foto-foto kursus yang telah diadakan di JTC 2 dan ruang dalaman, sila klik
di bawah.
Anda
boleh mengadakan sebarang jenis kursus di sini (selagi kursus yang
tidak menyalahi undang-undang lah yer! :-)). Untuk kursus yang
memerlukan meja dan kerusi, ruang bilik latihan boleh memuatkan sehingga 30 orang peserta dalam satu masa.
Meja ini adalah ditempah
khas iaitu sepanjang 7 kaki yang boleh memuatkan 3 orang
semeja dalam keadaan selesa. Sekiranya peserta kurang
dari jumlah tersebut, maka semeja akan memuatkan 2 orang dan ini akan menambahkan lagi
ruang peserta.
Susunan meja
adalah yang selesa untuk peserta dan fasilitator bergerak keluar masuk.
Bilik training yang
tidak menggunakan komputer.
Boleh memuatkan 3 orang untuk 1 meja.
Meja 7 kaki (sesuai untuk 3
orang)
memuatkan 30 orang.
Jika
kerusi sahaja
(tiada meja) boleh memutkan40-50
orang.
Bilik training dengan
susunan komputer notebook untuk kursus
berkomputer boleh memuatkan
30 orang dalam keadaan selesa.
Kemas dan ringkas menggunakan notebook!
Capaian Internet
pantas dan stabil menggunakan WiFi UNIFI.
Alat bantuan mengajar
yang disediakan.
LCD Projector siling, white
board dan flip-chart.
Susunan
bilik kursus JTC 2 (30 orang bermeja)
Kafe / Tempat Makan
Tempat makan adalah di
dalam JTC 2. Oleh itu ia memudahkan anda mengawal masa
kursus tanpa perlu mencari tempat makan di luar.
Ruang makan
Meja makan.
Hidangan makan secara buffet. 3 kali makan.
InsyaAllah rasanya pun sedap.
Dimasak
oleh orang Islam.
Surau / Bilik Solat
Lelaki & Wanita
Surau disediakan di dalam
JTC 2. Surau lelaki dan wanita berasingan. Tempat wuduk
juga disediakan.
Surau lelaki dan wanita.
Ruang solat yang bersih
dan selesa. Sejadah juga disediakan.
Tandas
Lelaki & Wanita
Tandas lelaki dan wanita
berasingan. Keadaan tandas dijaga dengan bersih.
Kemudahan bersuci adalah mengikut kaedah syarak. Paip
air dan salur getah memudahkan anda bersuci.
Kebanyakan hotel berbintang menyusahkan anda untuk
menggunakan tandas kerana tiada kemudahan bersuci yang
selesa. Bahkan paip air pun tiada!
Hotel / Penginapan
Sekiranya
anda memerlukan tempat penginapan, terdapat beberapa buah hotel berdekatan
yang boleh dicadangkan untuk menjadi pilihan anda. Bergantung kepada
bajet dan keselesaan anda.
Kesemua
hotel penginapan di bawah ini
adalah hotel terpilih dan menjadi pilihan ramai.
Kriteria pilihan terbaik yang dicadangkan adalah mengambil kira harga
bilik, jarak
dari JTC 2 & keselesaan.
Pilihan
#1: Disyorkan.
Jalan kaki 100m sahaja ke JTC 2.
Hotel Sun Inns No.46-G, Jalan OP
1/5, 1 Puchong Business Park, 47160
Puchong. Selangor. Tel: 03-80765636
Hotel Best View
No. 6, Jalan OP 1/5,
Off Jalan Puchong,
1 Puchong Business Park,
47160 Puchong, Selangor.
Tel: 03-8076 7781 , H/P: 012- 294 7761
www.BestViewHotel.com.my
Dari
RM68 / malam
Tepi Lebuhraya
LDP.
Restoran Mamak
D'Noor (Islam) berdekatan.
Pilihan #3: Disyorkan.
Jalan kaki 100m
sahaja ke JTC 2.
Hotel Classical Boutique
No.1-G,
Jalan OP 1/1,
1
Puchong Business Park,
47160 Puchong. Selangor.
Tel:
03-8075 0360, H/P:
012-6561 181
Dari
RM119 / malam.
Tepi Lebuhraya LDP.
Berdekatan dengan Sun Inns
dan Best View Hotel.
Pilihan #4:
Memandu /
Teksi
3 minit ke
JTC 2.
Hotel Orkid Inn
No.16,
Jalan Kenari 8,
Bandar Puchong Jaya,
47100 Puchong. Selangor.
Tel:
03-8076 8108
Dari
RM88 / malam.
Sekeliling kawasan hotel meriah
pada waktu malam.
Berdekatan IOI Boulevard.
Restoran Melayu berdekatan JM Briyani (di kawasan IOI Boulevard)
Lokasi
yang mudah dicari. Di bandar Puchong dan sebelah LDP sahaja!
Kemudahan awam
seperti bas ekspress (dari
lokasi / negeri terpilih seperti
di atas) terus sampai ke tempat
ini.
Boleh berjalan kaki sahaja
dari
hotel penginapan ke JTC.
100m sahaja
jika berjalan kaki.
Bagi
yang membawa kenderaan sendiri (kereta), terdapat ruang parking percuma dan
banyak pilihan.
Ruang dalaman yang selesa, berhawa dingin, baru dan bersih. Mood yang terbaik untuk persekitaran sesuatu kursus atau seminar.
Banyak
pilihan hotel yang terdekat
dengan JTC 2. Harganya pula
adalah berpatutan (hotel bajet/ekonomi)
Ruang dalaman yang tiada
gangguan. Tertutup dari
pandangan luar. Peserta akan
mudah memberi tumpuan.
Kemudahan alat bantuan mengajar
serba baru seperti LCD
projector, whiteboard,
flip-chart.
Kemudahan
komputer yang sentiasa dijaga prestasinya.
Menjamin kursus diadakan dengan lancar tanpa ada gangguan teknikal
seperti monitor rosak, CPU rosak, mouse rosak dan sebagainya.
Kemudahan
WiFi Internet Broadband UniFi 5MBps secara PERCUMA
sepanjang masa.
Ruang
makan di tempat yang sama. Peserta rasa lebih selesa tidak perlu mencari
tempat makan lain di luar. Ini juga akan memudahkan anda mengawal masa
kursus anda setiap kali waktu rehat.
Tiada
risiko banjir kilat di kawasan ini. Kedudukan geografi
bangunan-bangunan pejabat adalah tinggi berbanding jalan utama. Tiada
risiko banjir kilat walaupun anda meletakkan kenderaan di parking
terbuka.
Harganya
murah jika dibandingkan dengan training center atau hotel berbintang
lain kerana di sini saya sendiri yang menguruskannya. Saya juga
memantaunya setiap masa. Saya jamin anda akan mendapat 100% kepuasan.
Makanan HALAL dimasak oleh orang Melayu sahaja. Bukan bangsa lain. Fikirkan makanan di hotel-hotel!
Dimiliki
oleh syarikat perseorangan (bukan perkongsian). Jika anda menghadapi
masalah atau tidak berpuashati dengan perkhidmatan ini, terus laporkan
kepada saya dan maklumbalas anda akan terus diambil perhatian.
Jadual Tempahan
JTC 2
(Ruang berwarna merah @ paparan masa adalah tarikh yang telah ditempah)