"Dedahkan Kepakaran Anda Dalam  Bidang Kursus & Latihan Dan Dapatkan Pendapatan Lumayan Dengannya"

 

Mengapa Anda Mesti Merahsiakan Dan Simpan Kepakaran Anda Sedangkan Ianya Sumber Pendapatan Lumayan Buat Diri Anda.

 

 

 

Daripada: Zaki Yusof

Bandar Tasik Selatan, KL

Per: Cara Buat Duit Dengan Training.

 

Salam sejahtera,

 

Tahukah anda bidang perniagaan latihan atau training adalah satu perniagaan yang menguntungkan dan lumayan. Anda hanya perlu lakukan kerja dalam satu masa sahaja dan anda akan dibayar untuk perkhidmatan anda tersebut. Masa anda yang lain boleh digunakan untuk perkara yang lain.

 

Contoh individu dikenali dalam bidang khidmat latihan:

  • Dato' Dr. Fadhilah Kamsah - bidang motivasi.

  • Dr. Irfan Khairi - perniagaan Internet.

  • Dr. HM Tuah - bidang motivasi.

  • Dr Shukri - bidang pembelajaran.

  • Hj Hushim Salleh - bidang kaunseling.

  • Azizi Ali - bidang pelaburan dan kewangan.

  • Zaki Yusof - perniagaan Internet praktikal, www.BengkelWebsite.com

  • ... dan ramai lagi.

Mereka ini memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing dan mereka berkongsi kepakaran mereka. Disamping itu tentulah ada upah yang mereka terima dari kepakaran dan pengalaman berharga tersebut.

 

Sekiranya anda mempunyai kepakaran di dalam sesuatu bidang, di tambah pula ianya satu pekerjaan yang anda minati, apa kata anda kongsikan kepakaran anda tersebut melalui training, kursus atau seminar.

 

Anda boleh mengadakannya untuk tempoh beberapa jam, satu hari, dua hari atau pun berapa lama yang anda mahu.

 

Masalahnya, anda mungkin sukar untuk mencari tempat dimana anda perlu mengendalikan kursus tersebut. Anda perlu menyewa tempat tersebut dan ini memerlukan kos. Anda juga tentu berfikir bagaimana pula untuk mencari peserta yang akan hadir ke kursus anda.

 

Tapi... kini anda jangan bimbang.

 

 

Anda Tak Perlu Keluar Sebarang Modal.

Cuma Keluarkan Kepakaran Anda Sahaja!

 

Di sini...


Saya ingin menawarkan kepada anda peluang Joint Venture (JV) bisnes
bersama JomTraining.com (JTC)

JTC ada kemudahan yang lengkap untuk seminar dan kursus termasuk kursus yang memerlukan penggunaan komputer. JTC ada 20 unit komputer serta lengkap dengan talian Internet Broadband. Semuanya baru dan berjenama.

 

Bukan itu sahaja, kursus tidak berkomputer pun boleh dijalankan dengan kapasiti 40 orang peserta.

Anda pula ada kepakaran sesuatu bidang. Atau mungkin anda kerap mengadakan seminar atau kursus tetapi kurang berpuashati dengan pulangan atau kemudahan yang disediakan.

Kini JTC hendak menawarkan kepada anda segala kemudahan JTC secara PERCUMA? Ya.... 100% PERCUMA!

Anda hanya perlu fokus pada seminar dan kursus anda sahaja. Manakala JTC pula akan menyediakan segala kemudahan diperlukan termasuk makan dan minum semua peserta.

Dengan ini, anda TIADA risiko. Anda TIDAK PERLU membayar sewaan kepada JTC pun. Menarik bukan?

 



Kenapa Anda Perlu JV Dengan JTC?



1- Pecahan keuntungan adalah 50(anda) : 50(JTC).
Contohnya, jika harga kursus anda adalah RM100, maka RM50 adalah keuntungan bersih anda manakala RM50 adalah kos untuk JTC. Sebenarnya, 50% kos JTC tersebut tidaklah banyak kerana JTC perlu menyediakan makan dan minum dan kos penggunaan peralatan (elektrik, air dan tenaga kerja).

2- Promosi untuk mencari peserta seminar atau kursus akan dibantu oleh JTC menggunakan teknik pemasaran Internet. JTC memiliki lebih 10,000 senarai prospek yang boleh terus dihubungi. JTC mempunyai kepakaran di dalam bidang pemasaran Internet sejak 2 tahun lalu.

3- Tiada deposit pendahuluan. Ini bermakna anda tidak menanggung
sebarang risiko jika terpaksa membatalkan kelas disebabkan ketiadaan
peserta.

 

4- Dengan program JV, bermakna anda juga sebahagian daripada program tersebut. Anda bukan bekerja untuk JTC kerana peratus keuntungan akan bertambah jika bilangan peserta bertambah. Berbeza jika anda bekerja sebagai Freelancer. Freelancer hanya dibayar tetap dengan kadar satu harga sahaja.

5- Anda boleh mengadakan seberapa kerap kursus yang anda mahu. Hanya maklumkan kepada JTC jadual kursus anda.

6- Anda sedia maklum tentang kemudahan terbaik di JTC. Ia adalah kemudahan yang serba baru, persekitaran kondusif, diurus secara profesional,
lokasi yang strategik, kemudahan pengangkutan awam yang mudah dan
memahami keperluan sesebuah training center.


 

Bagaimana Untuk Bermula?



1- Hubungi saya untuk memaklumkan jenis kursus anda. Anda boleh terus telefon saya 019-2626 101. Kita boleh berbincang mengenai kursus yang anda ingin adakan dengan lebih lanjut lagi. Anda juga boleh menghantar e-mel ke zaki@jomtraining.com

2- Tawaran ini terbuka untuk semua jenis kursus atau seminar. Asalkan tidak menyalahi undang-undang.

3- Harga kursus akan dibincangkan bersama anda.

 

4- Bahan dan kandungan kursus seperti hand-out, slide presentation dan lain-lain yang berkaitan dengan topik kursus disediakan oleh anda.

 


Buat Bisnes Dengan Cara Mudah Sahaja!
 


Saya tidak akan mengenakan sebarang syarat atau birokrasi yang meyusahkan. Kerana JTC adalah milik saya sendiri sepenuhnya (tiada rakan kongsi).

Jadi saya boleh buat apa yang anda mahu mengikut kesesuaian semasa perbincangan di antara kita nanti.

Hubungi terus saya sekarang kerana tarikh-tarikh kursus mungkin terhad bergantung kepada kekosongan slot. Perbualan telefon adalah lebih baik.



Ikhlas dari,
 

 

019-2626 101

zaki@jomtraining.com

 

 

P.S: Masih tak yakin dengan kemudahan terbaik di JTC? Klik di sini. Foto-foto training di JTC. Klik di sini.

 

P.P.S: Inilah peluang bisnes yang benar-benar Win-Win untuk anda! Rugi jika anda tidak merebut peluang walaupun nampak kecil seperti ini.

 

P.P.P.S: Saya tak nampak kenapa anda perlu menolak tawaran JV ini. Namun, jika anda menolak, anda boleh memilih untuk membuat sewaan. Klik di sini untuk melihat harga sewaan. Tapi saya tak jamin kerana sebutharga ini boleh berubah bila-bila masa tanpa notis.
 

(c) Hakcipta Terpelihara 2008-2009. www.JomTraining.com

Menerbitkan semula apa jua kandungan dari laman web ini tidak kira dalam apa jua bentuk medium tanpa keizinan dari pihak syarikat

merupakan satu kesalahan. Anda akan didakwa jika berbuat demikian. Dilindungi di bawah Akta Hakcipta Terpelihara.

 

Utama | Lokasi | Pengangkutan Awam | Jenis Kursus | Kemudahan | Foto | Sebutharga | Sewaan Komputer | Kelas PHP & MySQL