
|
Lokasi JTC ini senang sahaja untuk dicari. Ia terletak di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia iaitu hanya bersebelahan laluan Lebuhraya Middle Ring Road 2 (MRR2).
Jika anda dari Shah Alam (iaitu mengikut Kesas Highway) atau dari Tol Sg. Besi atau dari arah KL maka anda meng-arah laluan (sign board) ke Ampang/ Kuantan/ Cheras, maka JTC terletak di sebelah kanan anda.
Manakala jika anda dari Ampang, Gombak, Cheras atau Kuantan menghala ke Sri Petaling/ Bukit Jalil/ Highway Sg. Besi Seremban maka JTC di sebelah kiri anda.
Peta lokasi dan alamat lengkap adalah seperti di bawah:
Klik di sini untuk besarkan & cetak peta di atas.
(klik disini untuk peta di google map)
Lebuhraya MRR2 (tidak bertol)
Untuk sampai ke JTC sangat mudah. Ada berbagai cara yang boleh digunakan untuk sampai ke sini. Kemudahan awam juga banyak tersedia. Anda boleh memilih mana-mana salah satu kemudahan awam yang sedia ada seperti di bawah.
Stesen Berpusat Bandar Tasik Selatan (Stesen BTS). Di Stesen ini terdapat kemudahan untuk:
1- STAR - LRT 2- Komuter - KTM 3- KLIA Transit 4- Bas 5- Teksi
...dari atau ke KL Sentral atau stesen-stesen lain yang berkenaan. (Nota: Perkhidmatan STAR - LRT tiada di KL Sentral. Sebagai alternatif ia boleh didapati di stesen LRT Plaza Rakyat iaitu berhampiran terminal bas Puduraya).
Waktu perjalanan untuk sampai ke Stesen BTS mengambil masa yang singkat. Jika LRT-STAR (20-25 minit dari stesen Plaza Rakyat di Puduraya), Komuter (15-20 minit dari KL Sentral), KLIA Transit (10 minit dari KL Sentral), Bas / Teksi (20 minit dari KL Sentral - bergantung kepada trafik).
Sampai di Stesen BTS ini, anda hanya perlu berjalan kaki ke lokasi JTC menggunakan laluan berbumbung. Sila berjalan ke arah sisi kanan anda sebaik sahaja keluar dari Stesen BTS menuju laluan pejalan kaki berbumbung hingga anda melalui jejantas berbumbung menyeberangi lebuhraya MRR2.
Seterusnya berjalan kaki menuju ke arah Stesen Minyak Shell (stesen minyak Shell boleh dilihat semasa anda berada di atas jejantas lebuhraya). Di hadapan stesen minyak Shell ialah bangunan berwarna biru iaitu bangunan Metro Center. Bangunan ini ialah bangunan untuk parking kenderaan sahaja.
Dihadapan bangunan parking Metro Center ini ialah Jalan 3/146. Turuti jalan tersebut sehingga anda menjumpai bangunan Wisma DPI-INVERGOLD di sebelah kiri anda.
Jika anda memandu kenderaan sendiri, parking bertingkat terletak di Metro Center iaitu bangunan berwarna biru berhadapan dengan Stesen minyak Shell. Kadar bayaran parking hanya RM4 sekali masuk. 5 minit sahaja berjalan kaki untuk ke lokasi JTC.
Sekiranya pada waktu cuti seperti Sabtu dan Ahad, ruang parking yang ada di hadapan bangunan-bangunan pejabat kebanyakannya ada yang kosong. Anda boleh meletakkan kenderaan di lot parking tersebut. Ianya adalah PERCUMA.
Di sinilah terletaknya training center JTC. Terus masuk ke ruangan lobi (tiada guard) Wisma DPI- INVERGOLD. Tekan lif untuk naik ke tingkat 4.
Tempat Penginapan Berhampiran
(1) Hotel Sri Petaling. (3***) 30, Jalan Radin Anum, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia. 7-10 minit memandu jika trafik lancar. Boleh ambil teksi. Tiada kemudahan awam lain. Hubungi: +603 - 9058 2323 (2) Hotel Palace of the Golden Horses, Mines Seri Kembangan. (5*****) Terletak di depan padang Lumba Kuda Sg. Besi. 15-20 minit memandu ke JTC jika trafik lancar. Boleh ambil teksi. Tiada kemudahan awam lain. (3) Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak Resthouse - menyediakan kemudahan penginapan yang selesa. 15 minit memandu ke JTC jika trafik lancar. Boleh ambil teksi. Tiada kemudahan awam lain. Hubungi: +603-9171 9204 / +603-9172 6682
*Anda digalakkan buat tempahan awal bagi mengelakkan kesukaran mendapatkan bilik disaat akhir.
Tips penginapan Anda juga boleh menginap di sekitar Kuala Lumpur yang mempunyai banyak pilihan hotel-hotel mengikut baget anda. Untuk perjalanan ke JTC adalah mudah dengan menggunakan kemudahan pengangkutan awam (digalakkan dengan tren LRT-STAR / Komuter / KLIA Transit) yang boleh diambil di KL Sentral atau di stesen tertentu untuk terus ke Bandar Tasik Selatan.
|
Jika tersesat jalan, sila hubungi kami:
019- 2626 101 (Zaki) | 016 - 2636 101 (Faridah)