When:
27/02/2019 @ 9:00 am – 28/02/2019 @ 5:00 pm
2019-02-27T09:00:00+08:00
2019-02-28T17:00:00+08:00
Where:
JTC Puchong Prima
E-4-8
Pusat Perdagangan Puchong Prima, Jalan Prima Utama 5/3, Taman Puchong Prima, 47100 Puchong, Selangor
Malaysia
Cost:
RM1250
Contact:
Pn. Faridah Ab. Rahman
016-2636101

Faridah Ab. Rahman

Penulis at JomTraining Centre
Faridah Ab. Rahman

Latest posts by Faridah Ab. Rahman (see all)

Microsoft Excel : Lanjutan

Microsoft Excel merupakan aplikasi yang paling popular dan banyak digunakan di pelbagai jenis organisasi. Dalam kursus ini anda akan mempelajari teknik yang lebih berkesan dalam membuat kerja-kerja harian seperti membuat kiraan akaun, formula dan membuat laporan pada tahap yang lebih mendalam lagi (tahap lanjutan).

Anda mungkin selalu menggunakan Excel tetapi tahap penggunaan anda adalah biasa sahaja. Ini menyebabkan banyak fungsi-fungsi yang ada tidak digunakan sepenuhnya. Kesannya hasil kerja anda tidak sebaik yang dikehendaki.

Banyak tool yang terdapat di dalam Excel yang anda mesti gunakan untuk mengoptimumkan penggunaannya. Kakitangan perlulah mahir dan mengetahui lebih banyak tool di dalam Excel kerana ianya dapat membantu meningkatkan lagi produktiviti sesebuah organisasi.

OBJEKTIF KURSUS

Selepas mengikuti kursus ini, peserta akan dapat:

+ Mempelajari Excel dalam membuat pengiraan akaun dan laporan

+ Mempelajari membina Formula dan Function Lanjutan

+ Mempelajari cara untuk Menganalisa Data.

PRA-SYARAT KURSUS

Peserta telah biasa menggunakan Excel. Cara-cara asas menggunakan Excel tidak akan diajar tetapi akan terus kepada tajuk yang akan dipelajari.

METODOLOGI KURSUS

Kaedah latihan yang akan diberikan adalah secara praktikal atau hands-on di dalam kelas. Latihan diberikan secara individu dan berkumpulan yang akan dibimbing oleh tenaga pengajar. Kursus dikendalikan menggunakan nota pembelajaran yang disediakan.

Latihan secara praktikal 1 orang 1 komputer dengan dibimbing oleh tenaga pengajar berpandukan langkah-langkah dan teknik yang diberikan.
Tutorial dan praktikal dilakukan serentak dan hasil praktikal dapat dilihat dalam masa yang sama untuk membantu mereka supaya tidak lupa apa yang dipelajari. Seterusnya dapat diaplikasi sepenuhnya dalam tugasan sebenar.
Gerak kerja individu atau berkumpulan. Setiap peserta akan diberi tugasan secara individu atau berkumpulan bagi menilai keterampilan, kefahaman dan kemampuan. Ini bertujuan agar apa yang dipelajari dapat dinilai melalui kualiti kerja dan produktiviti.
Latihan pemikiran kreatif dimana peserta diberi peluang menyiapkan sendiri tugasan yang diberikan.

F) SIAPA PATUT HADIR?

Kursus ini sesuai semua pengguna Excel yang bekerja dalam membuat kiraan akaun, formula dan membuat laporan.

Pengurus / Pegawai
Kerani / Eksekutif / Pegawai Pentadbiran dan Kewangan
Pasukan Jualan / Pemasaran
Penyelia / Petugas Sokongan yang perlu menyiapkan kerja-kerja berkenaan kiraan dan laporan.
Individu yang ingin menambahkan kemahiran dalam Excel.

 

PROFIL PENGAJAR

En. Mohd Naszery Bin Ramli memulakan kerjaya sebagai trainer atau tenaga pengajar merangkap seorang pengaturcara komputer atau programmer di syarikat swasta tempatan selama 15 tahun. Sejak itu belia menimba pengalaman luas di dalam bidang teknologi maklumat dari aspek perkakasan (hardware) dan perisian (software). Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sains Komputer dan MLVK.

Beliau berpengalaman mengendalikan kursus untuk kementerian, jabatan dan badan berkanun seperti Kementerian Kerjaraya (KKR), RTM, MITI, MIDA, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), SPRM dan lain-lain lagi. Selain dari itu beliau juga pernah mengendalikan kursus untuk IPTA/IPTS seperti Kolej Komuniti, Politeknik, guru-guru MRSM dan sebagainya.

Beliau berkebolehan mengajar pelbagai jenis perisian dan pengaturcaraan. Antara kursus yang dikendalikan ialah seperti Microsoft Office (Excel, Word, PowerPoint), Windows, Linux, Adobe Application (Photoshop, Illustrator, Flash, Indesign, After Effect, Premier, Captivate dll), Autodesk Applicaton (AutoCAD, 3Ds MAX), SPSS, Joomla, PHP & MySQL, Java Programming, Mobile Apps, Avid, Sony Vegas, Microsoft Project dan lain-lain lagi.

Teknik pembelajaran beliau mudah difahami dan disenangi oleh peserta.

Microsoft Excel : Lanjutan

JADUAL TENTATIF PROGRAM

Berikut adalah jadual tentatif program.

MASA HARI PERTAMA HARI KEDUA
9.00 – 10.30AM WORKING WITH MULTIPLE WORKSHEETS AND WORKBOOKS

  • Topic A: Use Links and External References
  • Topic B: Use 3-D References
  • Topic C: Consolidate Data
AUTOMATING WORKBOOK FUNCTIONALITY

  • Topic A: Apply Data Validation
  • Topic B: Search for Invalid Data and Formulas with Errors
  • Topic C: Work with Macros
10.30 -11.00AM

Rehat Minda / Minum Pagi

11.00 – 1.00PM

USING ADVANCE FORMULAS AND FORMULA AUDITING

  • Topic A: Use Lookup Functions
  • Topic B: Use Financial Functions (NPV, PMT RATE)

CREATING SPARKLINES AND MAPPING DATA

  • Topic A: Create Sparklines
  • Topic B: Map Data
1:00 – 2.00PM

Rehat Minda / Solat / Makan Tengahari

2:00- 3:30PM USING ADVANCE FORMULAS AND FORMULA AUDITING

  • Topic C: Others Funtions
  • Topic D: Watch and Evaluate Formulas
FORECASTING DATA

  • Topic A: Determine Potential Outcomes Using Data Tables
  • Topic B: Determine Potential Outcomes Using Scenarios
3:30 – 4.00PM

Rehat Minda / Minum Petang

4.00 – 5.00PM SHARING AND PROTECTING WORKBOOKS

  • Topic A: Collaborate on a Workbook
  • Topic B: Protect Worksheets and Workbooks
  • Topic C: Link Data to PowerPoint
FORECASTING DATA

  • Topic C: Use the Goal Seek Feature
  • Topic D: Forecasting Data Trends
5.00PM Tamat hari Pertama Tamat Kursus – Sesi Penyampaian Sijil dan Fotografi

* Tertakluk kepada perubahan (jika perlu)

Font Resize
Contrast
Website Security Test