When:
19/03/2019 @ 9:00 am – 21/03/2019 @ 5:00 pm
2019-03-19T09:00:00+08:00
2019-03-21T17:00:00+08:00
Where:
JTC Puchong Prima
E-04-08
Pusat Perdagangan Puchong Prima, Jalan Prima Utama 5/3, Taman Puchong Prima, 47100 Puchong, Selangor
Malaysia
Cost:
RM1400
Contact:
Faridah Ab. Rahman
016-2636101
Faridah Ab. Rahman

Faridah Ab. Rahman

Penulis at JomTraining Centre
Faridah Ab. Rahman

Latest posts by Faridah Ab. Rahman (see all)

Pembangunan dan Pengurusan WordPressLaman web merupakan satu medium sangat penting bagi sesebuah organisasi. Laman web juga umpama penampilan pertama sesebuah organisasi. Ibarat pakaian kepada badan. Ia bakal menggambarkan profesionalisma organisasi anda di mata pelanggan atau pengguna tatkala mereka mengunjungi laman web. Tambahan pula laman web yang tidak dikemaskini, ianya boleh menjejaskan imej dan profesionalisma organisasi anda. Oleh itu anda boleh mempelajari cara membina sendiri laman web dalam Kursus Pembangunan dan Pengurusan WordPress.

Sifat pelanggan atau manusia kini sudah banyak berbeza tabiatnya. Mereka semakin bijak mendapatkan maklumat dan membuat perbandingan terlebih dahulu. Mereka akan mencari seberapa banyak maklumat di Internet untuk membuat keputusan dan tindakan. Oleh itu, bagaimanakah maklumat tersebut akan diperolehi jika organisasi anda tiada atau tidak mengemaskini laman web.

Pada era globalisasi ini adalah sangat perlu diberi perhatian mengenai laman web yang responsive. Laman web responsive bermaksud web anda boleh dipapar dipelbagai peranti mudah alih seperti smart phone, ipod, ipad, tablet dan sebagainya. Untuk tujuan itu perisian WordPress versi terkini adalah pilihan yang tepat dan sesuai. Tambahan pula WordPress adalah percuma. Ianya mudah dipelajari dan cepat dibangunkan. Adalah sukar untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan jika organisasi anda langsung tidak mempunyai laman web atau web sedia ada tidak dikemaskini.

ORGANISASI YANG MENGGUNAKAN CMS WORDPRESS

Terdapat beberapa kementerian, jabatan, agensi, organisasi yang menggunakan WordPress untuk laman web korporat mereka. Anda boleh lihat laman web mereka seperti berikut:

  1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) – www.kpdnhep.gov.my
  2. Jabatan Pendaftaran Negara – www.jpn.gov.my
  3. Jabatan Alam Sekitar – www.doe.gov.my
  4. TERAJU  – www.Teraju.gov.my
  5. Jabatan Kimia Malaysia – www.kimia.gov.my

Keupayaan WordPress sudah terbukti dijadikan sebagai sebuah laman web korporat atau profesional bagi organisasi di atas.

PERMASALAHAN SEMASA

Namun demikian, adakah anda menghadapi pelbagai masalah bagi membangun atau mengurus sendiri laman web di organisasi anda? Beberapa permasalahan di bawah ini mungkin berlaku dan anda ingin menyelesaikannya.

× Kakitangan tidak tahu cara yang betul untuk membina laman web korporat atau profesional organisasi anda.
× Kakitangan hanya tahu perkara asas sahaja dan tiada keyakinan dan kemahiran ditahap tertentu untuk membangunkannya.
× Kakitangan tiada rakan sekerja yang mahir atau tahu bagaimana membina laman web. Oleh itu tiada rujukan.
×  Organisasi anda terlalu bergantung kepada vendor untuk membangun, mengemaskini atau menyelenggara laman web.
× Pengubahsuaian memerlukan masa dan kos sedangkan ianya perkara kecil sahaja kerana semua perkara bergantung kepada vendor.

 

OBJEKTIF

Melalui latihan Pembangunan dan Pengurusan CMS WordPress Versi Terkini kakitangan anda akan dapat:

1. Mempelajari secara praktikal teknik membangun dan mengurus sebuah laman web WordPress bermula daripada zero hingga berjaya menyiapkannya.
2. Mempelajari fungsi-fungsi penting yang ada di dalam WordPress versi terkini.
3. Mempelajari menggunakan WordPress dengan menggunakan domain dan hosting sebenar dan di local pc.
4. Mengetahui kegunaan dan potensi yang boleh diekploitasi melalui WordPress untuk digunakan di dalam organisasi.
5. Mentadbir dan mengurus laman web WordPress (baru / sedia ada) dengan lebih yakin dan berkemahiran.
6. Meningkatkan skil kemahiran kakitangan dalam pembangunan dan pengurusan CMS WordPress.

 

METODOLOGI KURSUS

Kaedah latihan Pembangunan dan Pengurusan WordPress yang akan diberikan adalah secara praktikal atau hands-on yang akan dibimbing oleh tenaga pengajar di dalam kelas.

Latihan secara praktikal 1 orang 1 komputer.
Latihan memasang web WordPress menggunakan local server. PC peserta akan dijadikan sebagai web server.
Latihan memasang web WordPress menggunakan domain & hosting sebenar (jika ada talian Internet yang stabil).
Domain & hosting akan disediakan kepada setiap peserta untuk tujuan pembelajaran.

 

SIAPA PATUT HADIR?

Kursus Pembangunan dan Pengurusan WordPress ini sesuai dihadiri oleh kakitangan yang terdiri daripada:

Kakitangan / pegawai teknologi maklumat yang terlibat dalam membangunkan laman web jabatan atau organisasi.
Kakitangan yang terlibat dalam penyelenggaraan, kemaskini, back-up laman web organisasi. Tidak bergantung kepada vendor lagi.
Web Developer / System Developer / System Admin / Software Engineer sesebuah kementerian, jabatan atau organisasi.
Kakitangan yang ingin menambah skil individu dalam bidang tugasnya.
Kakitangan yang ingin menjadikan kemahiran membina laman web sebagai sumber pendapatan sampingan dengan mengambil upah membangunkan laman web pelanggan.

 

PROFIL PENGAJAR

Sdr. Zaki Yusof adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, B.Sc(Hons) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 1995.

Beliau merupakan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pengajaran Pembangunan dan Pengurusan WordPress sejak versi 3.x dan kini versi yang terbaru. Beliau menjadi tenaga pengajar utama dalam program bersama MYNIC Berhad (agensi di bawah KKMM) selama 3 tahun dan melatih peserta dalam topik WordPress. Beliau juga seorang Trainer bertauliah PSMB (Pembangunan Sumber Manusia Berhad) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Pengajarannya mudah difahami dan disenangi oleh peserta.

Berpengalaman selama lebih 10 tahun sebagai trainer. Selain WordPress beliau telah melatih ramai kakitangan kerajaan dan swasta samada kursus secara in-house dan terbuka dalam pembangunan laman web termasuklah Joomla!, CSCart, Opencart dan beberapa lagi.

Beliau berpengalaman dalam bidang IT dan umumnya beliau telah melatih ribuan orang dalam pelbagai topik IT seperti pembangunan laman web dan perniagaan online. Beliau pernah bertugas di beberapa GLC selama lebih 10 tahun. Kini beliau bertugas sebagai trainer sepenuh masa di JomTraining Centre (JTC).

Pembangunan dan Pengurusan WordPress

 

JADUAL TENTATIF PROGRAM

Berikut adalah jadual tentatif program Pembangunan dan Pengurusan WordPress mengikut hari dan masa.

MASA HARI PERTAMA HARI KEDUA HARI KETIGA
9.00 – 10.30AM ▪ Pengenalan Kepada WordPress
▪ Apakah Keperluan Penting Untuk Memasang WordPress di Internet dan Local PC?
▪ Cara Memasang Web Server di Local PC
▪ Bagaimana Memasang WordPress di Local PC dan Hosting?
▪ Apa Itu Post?
▪ Cara Membuat Post
▪ Perbezaan dan Kaitan Post, Page Dan Blog
▪ Apa Itu Widgets?
▪ Cara Memasang Widgets
▪ Cara Mendapatkan Third-Party Widgets
▪ Apa itu Page Builder?
▪ Jenis-jenis Page Builder
▪ Kelebihan Page Builder
▪ Cara Menggunakan Page Builder
10.30 -11.00AM Rehat Minda / Minum Pagi
11.00 – 1.00PM ▪ Apa itu Domain Dan Hosting?
▪ Cara Memilih Jenis Domain dan Hosting Yang Sesuai
▪ Dimana Untuk Mendaftar Domain Dan Hosting?
▪ Domain dan Hosting sebenar disediakan kepada para peserta (Secara Live!)
▪ Cara Mendaftar Domain Dan Hosting
▪ Cara Memasuki Hosting & Cpanel
▪ Cara Memasang @ Install WordPress Di Hosting sebenar
▪ Apa Itu Plugins?
▪ Dimana Untuk Mendapatkan Plugins?
▪ Memilih Plugins Yang Sesuai
▪ Cara Memasang Plugins
▪ Senarai Plugins Yang Disyorkan di WordPress
▪ Bagaimana melajukan laman web WordPress
▪ Cara Memasang Plugins Multi-Language / Pelbagai Bahasa
▪ Latihan menyiapkan Laman Web menggunakan page builder
▪ Cara Membuat Page
▪ Cara Membina Header & Navigation Options
▪ Cara menggunakan Template Page Builder yang telah disediakan
▪ Cara mengubahsuai Template Page Builder
1:00 – 2.00PM Rehat Minda / Solat / Makan Tengahari
2:00- 3:30PM ▪ Cara Membuat Setting Permulaan / Penting WordPress
▪ Mengenali WordPress Front End Dan Back End
▪ Apa Itu Themes?
▪ Apakah Jenis-Jenis Themes?
▪ Dimana Mendapatkan Themes Yang Percuma Dan Berbayar
▪ Cara Memilih Themes
▪ Cara Memasang Dan Install Themes
▪ Apa itu Child Theme?
▪ Cara Memasang Child Theme
▪ Keselamatan Laman Web WordPress
▪ Cara Install Plugins Keselamatan Yang Disyorkan
▪ Cara Mengelakkan Web WordPress daripada Spam
▪ Cara melindungi web admin dari di Brute Force
▪ Cara Kemaskini versi WordPress
▪ Cara Kemaskini versi Plugins dan Widgets
▪ Cara Kemaskini versi Template
▪ Cara Membina Section
▪ Cara guna Module dan Row Option
▪ Cara guna Slider Module
▪ Cara guna Text Module
▪ Cara guna Tabs Module
▪ Cara guna Social Media Module
▪ Cara guna Search Module
3:30 – 4.00PM Rehat Minda / Minum Petang
4.00 – 5.00PM ▪ Cara Membuat Menu
▪ Cara Membuat Sub-Menu
▪ Apa Itu Page?
▪ Cara Membuat Page
▪ Cara Memasukkan Gambar
▪ Cara Memasukkan Galeri Gambar
▪ Cara Memasukkan Video
▪ Cara Memasukkan Audio
▪ Cara Membuat Table Yang Responsive
▪ Cara Membuat Pautan / Hyperlink
▪ Apa itu Search Engine Optimization (SEO)?
▪ Bagaimana menaikkan ranking laman web dengan SEO?
▪ Cara Memasang dan Setting SEO.
▪ Backup & Restore
▪ Cara Membuat Backup & Restore
▪ Cara Memindahkan Fail WordPress di Local ke Hosting / Internet
▪ Melihat laman web responsive dari mobile device
▪ Cara guna Portfolio Module
▪ Cara guna Person Module
▪ Cara guna Map Module
▪ Cara guna Divider Module
▪ Cara guna Mobile Customizer Settings
5.00PM Tamat hari Pertama Tamat hari Kedua Penyampaian Sijil, Sesi fotografi
Kursus Tamat

Jadual kursus tertakluk kepada perubahan (jika perlu).

Font Resize
Contrast