When:
19/02/2019 @ 9:00 am – 21/02/2019 @ 5:00 pm
2019-02-19T09:00:00+08:00
2019-02-21T17:00:00+08:00
Where:
Hotel Kobemas Melaka
1
Jalan MITC Prima, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka
Malaysia
Cost:
RM1600
Contact:
Faridah Ab. Rahman
016-2636101

Faridah Ab. Rahman

Penulis at JomTraining Centre
Faridah Ab. Rahman

Latest posts by Faridah Ab. Rahman (see all)

Microsoft PowerPoint - Slaid Profesional

Kreativiti sesuatu persembahan atau presentation adalah penting untuk mendapatkan perhatian dan tumpuan daripada audien. Presentation yang baik dan berkesan dapat mempengaruhi audien diakhir sesi pembentangan. Perkara ini boleh berlaku apabila presentation menggunakan slaid persembahan yang profesional dan kreatif dengan gabungan multimedia. Kini anda berpeluang mempelajarinya dalam kursus Microsoft PowerPoint – Slaid Profesional & Multimedia Kreatif.

PowerPoint adalah software yang tidak asing lagi untuk tujuan ini. Fungsi-fungsi di dalamnya boleh digunakan untuk menghasilkan ciri-ciri tersebut. Namun ramai yang tidak menyedari hal ini dan hanya menggunakan fungsi-fungsi asas sahaja. Oleh yang demikian anda boleh mempelajari PowerPoint dengan lebih mendalam lagi bagi menghasilkan slaid persembahan yang kreatif dengan gabungan multimedia.

Kursus ini akan memberi pendedahan, tips dan kaedah pembangunan slaid presentation yang lebih kreatif seperti membuat manipulasi imej, teknik lakaran, rekabentuk 3D, bayang dan perspektif, teknik pantulan, template, video animasi, poster dan banyak lagi. Teknik animasi montaj dan pembikinan video multimedia juga akan diajar bagi memberi impak yang lebih berkesan untuk slaid persembahan anda.

OBJEKTIF KURSUS

Selepas mengikuti kursus Microsoft PowerPoint – Slaid Profesional & Multimedia Kreatif ini nanti, peserta akan dapat:

• Mengetahui teknik-teknik terbaik untuk suntingan imej, 3D dan multimedia.

• Menambah baik slaid sedia ada supaya lebih menarik dan meyakinkan audien.

• Mampu menyiapkan slaid dengan lebih pantas dan menjimatkan masa.

• Memberi pendedahan terperinci teknik storyline untuk animasi.

• Mendorong peserta membangunkan slaid dengan lebih kreatif dan inovatif.

METODOLOGI KURSUS

Kaedah latihan Microsoft PowerPoint – Slaid Profesional & Multimedia Kreatif yang akan diberikan adalah secara praktikal atau hands-on di dalam kelas. Latihan diberikan secara individu dan berkumpulan yang akan dibimbing oleh tenaga pengajar. Kursus dikendalikan menggunakan nota pembelajaran yang disediakan.

Latihan secara praktikal 1 orang 1 komputer dengan dibimbing oleh tenaga pengajar berpandukan langkah-langkah dan teknik yang diberikan.
Tutorial dan praktikal dilakukan serentak dan hasil praktikal dapat dilihat dalam masa yang sama untuk membantu mereka supaya tidak lupa apa yang dipelajari. Seterusnya dapat diaplikasi sepenuhnya dalam tugasan sebenar.
Gerak kerja individu dan berkumpulan. Setiap peserta akan diberi tugasan secara individu dan berkumpulan bagi menilai keterampilan, kefahaman dan kemampuan. Ini bertujuan agar apa yang dipelajari dapat dinilai melalui kualiti kerja dan produktiviti.
Latihan pemikiran kreatif dimana peserta diberi peluang menghasilkan idea yang kreativiti dan inovatif.

 

SIAPA PATUT HADIR?

Kursus Microsoft PowerPoint – Slaid Profesional & Multimedia Kreatif ini sesuai disertai oleh peserta yang terlibat secara langsung untuk pembentangan dan persembahan seperti:

Pengarah / Pengurus
Pegawai Eksekutif
Penyelia / Petugas Sokongan
Individu yang ingin menambahkan kemahiran dalam pembangunan slaid.

 

PROFIL PENGAJAR

Encik Muhammad Suhaily George Bin Abdullah merupakan seorang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang Teknologi Maklumat (IT). Beliau pernah bertugas di beberapa institut pengajian tinggi swasta (IPTS).  Semasa berkhidmat di IPTS, En. Suhaily telah mendapat pendedahan dan banyak menimba ilmu pengetahuan dalam bidang IT terutamanya dalam keperluan IT semasa dan pembangunan perisian.

Pengalaman bekerja selama lebih 10 tahun di dalam bidang ini telah banyak membantu beliau membangunkan modul latihan untuk pembangunan modal insan dan kemahiran insaniah bagi pelbagai agensi di sektor awam dan swasta.

Beliau telah melatih ramai kakitangan kerajaan dan swasta dalam topik Microsoft PowerPoint – Slaid Profesional & Multimedia Kreatif. Di antaranya Jabatan Akauntan Negara, MARA, Jabatan Kimia, MOSTI, Kolej Perikanan Lumut dan banyak lagi.

Di antara bidang kepakaran beliau yang lain termasuklah Program Motivasi, Pengucapan Awam, Pembangunan Laman Web, Networking, IT Technical Support, PHP Script, Microsoft Office, Penyelenggaraan Komputer-Installation, Repairing & Troubleshooting dan lain-lain berkaitan dengan bidang IT.

Microsoft PowerPoint - Slaid Profesional

 

JADUAL TENTATIF PROGRAM

Berikut adalah jadual tentatif program Microsoft PowerPoint – Slaid Profesional & Multimedia Kreatif yang akan diadakan selama 3 hari.

MASA HARI PERTAMA HARI KEDUA HARI KETIGA
9.00 – 10.30AM INTRODUCTION
• Teknik dan pantang larang.
• Kefahaman, Pemahaman secara praktikal sebelum dan selepasPEMBANGUNAN TEMPLAT
• Membangunkan slaid templat profesional menggunakan ‘shape’, layer, kesan warna dan bayang.
• Profesional PPT Background.
CORE SUBJECT (sambungan)

SLAID MASTER
• Kaedah penyediaan slaid
• Kaedah penyuntingan slaid

CINEMAGRAPH
• Individu / Berkumpulan
• Video dan Suntingan PPT
• Penggunaan Tripod
10.30 -11.00AM Rehat Minda / Minum Pagi
11.00 – 1.00PM IMAGE EDITING
• Suntingan imej, bayang dan kesan khas 3 dimensi.COMBINATION TOOLSDROP DOWN MENU
• Kaedah dan teknik menyediakan slaid menu tersembunyi
• Kreativiti, Idea dan Inovasi.
• Tip, teknik, kaedah, kreativiti, inovasi, perlaksanaan dan pembentangan.
PENYEDIAAN BAHAN SLAID MULTIMEDIA

CORPORATE ELEGENT
• Transitions
• Kronologi slaid
• Bunyian dan Video

POSTER IKLAN
• Kaedah menyediakan gambar iklan bagi tujuan promosi mengendalikan program, kursus dan lain-lain.• Persiapan akhir / proses touch-up
1:00 – 2.00PM Rehat Minda / Solat / Makan Tengahari
2:00- 3:30PM ADVANCE SHAPE MULTIMEDIA
•  Teknik Animasi Shape-Slider
•  Kaedah gabungan shape dan tool animasi
CORPORATE ELEGENT (Sambungan)
• Transitions
• Kronologi slaid
• Bunyian dan Video
POWERPOINT TRIGGERS SHOPPING CHART
3:30 – 4.00PM Rehat Minda / Minum Petang
4.00 – 5.00PM CORE SUBJECT
• Idea animasi montaj dan kreativiti
• Digital Backdrop
• Tema
• 16:09
GROUP DISCUSSION
• Berkumpulan
• Proses Kemaskini
GROUP PRESENTATION
5.00PM Tamat hari Pertama Tamat hari Kedua Penyampaian sijil & sesi fotografi.
Kursus Tamat

* Jadual dan masa tertakluk kepada perubahan (jika perlu).

Font Resize
Contrast
Website Security Test