When:
04/03/2019 @ 9:00 am – 06/03/2019 @ 5:00 pm
2019-03-04T09:00:00+08:00
2019-03-06T17:00:00+08:00
Where:
TH Hotel K.Kinabalu
Jalan Sembulan
Kampung Sembulan, 88832 Kota Kinabalu, Sabah
Malaysia
Cost:
RM1800
Contact:
Pn. Faridah Ab. Rahman
016-2636101
Faridah Ab. Rahman

Faridah Ab. Rahman

Penulis at JomTraining Centre
Faridah Ab. Rahman

Latest posts by Faridah Ab. Rahman (see all)

Pembangunan & Pengurusan CMS Joomla!

Laman web merupakan satu medium sangat penting dalam sesebuah organisasi. Laman web juga umpama penampilan pertama sesebuah organisasi. Ibarat pakaian kepada badan. Ia bakal menggambarkan profesionalisma organisasi anda di mata pelanggan atau pengguna tatkala mereka mengunjungi laman web. Tambahan pula laman web yang tidak dikemaskini dan diselenggara dengan baik, ianya boleh menjejaskan imej dan profesionalisma organisasi anda. Oleh itu anda boleh mempelajari Joomla! dalam Kursus Pembangunan & Pengurusan CMS Joomla!

Sifat pelanggan atau manusia kini sudah banyak berbeza tabiatnya. Mereka semakin bijak mendapatkan maklumat dan membuat perbandingan terlebih dahulu. Mereka akan mencari seberapa banyak maklumat di Internet untuk membuat keputusan dan tindakan. Oleh itu, bagaimanakah maklumat tersebut akan diperolehi jika organisasi anda tiada atau tidak mengemaskini laman web.

Pada era globalisasi ini adalah sangat perlu diberi perhatian mengenai laman web yang responsive. Laman web responsive bermaksud web anda boleh dipapar dipelbagai peranti mudah alih seperti smart phone, ipod, ipad, tablet dan sebagainya. Untuk tujuan itu perisian Joomla! versi terkini adalah pilihan yang tepat dan sesuai. Tambahan pula Joomla! adalah percuma. Ianya mudah dipelajari dan cepat dibangunkan. Adalah sukar untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan jika organisasi anda langsung tidak mempunyai laman web atau web sedia ada tidak dikemaskini.

ORGANISASI YANG MENGGUNAKAN CMS JOOMLA!

Terdapat beberapa kementerian, organisasi yang menggunakan Joomla! untuk laman web korporat mereka.

Anda boleh melihat laman web mereka di antaranya adalah seperti berikut:

  1. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) – http://www.treasury.gov.my
  2. Kementerian Dalam Negeri (KDN) – http://www.moha.gov.my
  3. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – http://www.moe.gov.my
  4. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) – http://www.kbs.gov.my
  5. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) – https://www.kkmm.gov.my

Keupayaan Joomla! sudah terbukti untuk dijadikan sebuah laman web korporat atau profesional bagi organisasi di atas.

PERMASALAHAN SEMASA

Namun demikian, adakah anda menghadapi pelbagai masalah untuk membangun atau mengurus laman web di organisasi anda? Beberapa permasalahan di bawah ini mungkin berlaku dan anda ingin menyelesaikannya.

× Kakitangan tidak tahu cara yang betul untuk membina laman web Joomla! di organisasi anda.
× Kakitangan hanya tahu perkara asas sahaja dan tiada keyakinan dan kemahiran ditahap tertentu untuk membangunkannya.
× Kakitangan tiada rakan sekerja yang mahir atau tahu bagaimana membina laman web. Oleh itu tiada rujukan.
×  Organisasi anda terlalu bergantung kepada vendor untuk membangun, mengemaskini atau menyelenggara laman web.
× Pengubahsuaian memerlukan masa dan kos sedangkan ianya perkara kecil sahaja kerana semua bergantung kepada vendor untuk dilakukan.

 

OBJEKTIF

Melalui latihan Pembangunan & Pengurusan CMS Joomla! ini peserta akan dapat:

1. Mempelajari secara praktikal teknik membangun dan mengurus laman web Joomla! bermula daripada zero hingga berjaya menyiapkannya.
2. Mempelajari fungsi-fungsi penting yang ada di dalam Joomla! versi terkini.
3. Mempelajari memasang Joomla! dengan menggunakan domain dan hosting yang sebenar dan di local pc.
4. Mengetahui kegunaan dan potensi yang boleh diekploitasi melalui Joomla! untuk digunakan di dalam organisasi.
5. Mentadbir dan mengurus laman web Joomla! (baru atau sedia ada) dengan lebih yakin dan berkemahiran tanpa bergantung kepada vendor lagi.
6. Meningkatkan skil kemahiran kakitangan dalam pembangunan laman web menggunakan Joomla!.

 

METODOLOGI KURSUS

Kaedah latihan Pembangunan & Pengurusan CMS Joomla! yang akan diberikan adalah secara praktikal. Iaitu hands-on yang akan dibimbing oleh tenaga pengajar di dalam kelas.

Latihan secara praktikal 1 orang 1 komputer sehingga berjaya menyiapkan sebuah web Joomla!
Latihan memasang web Joomla! menggunakan local server. PC peserta akan dijadikan sebagai web server.
Latihan memasang web Joomla! menggunakan domain & hosting sebenar (jika ada talian Internet yang stabil).
Domain & hosting sebenar disediakan kepada setiap peserta untuk tujuan pembelajaran di dalam kelas.

 

SIAPA PATUT HADIR?

Kursus Pembangunan & Pengurusan CMS Joomla! ini sesuai dihadiri oleh kakitangan yang terdiri daripada:

Kakitangan / pegawai teknologi maklumat yang terlibat dalam pembangunan laman web jabatan atau organisasi.
Kakitangan yang terlibat dalam penyelenggaraan, kemaskini, back-up laman web Joomla! organisasi.
Web Developer / System Developer / System Admin sesebuah kementerian, jabatan atau organisasi.
Kakitangan yang ingin menjadikan kemahiran membina laman web sebagai sumber pendapatan sampingan dengan mengambil upah membangunkan laman web pelanggan.
Kakitangan yang ingin menambah skil individu untuk dirinya atau organisasi.

 

PROFIL PENGAJAR

Sdr. Zaki Yusof adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, B.Sc(Hons) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 1995.

Beliau merupakan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pengajaran Pembangunan & Pengurusan CMS Joomla! sejak versi 2.x hingga versi terkini 3.x. Beliau juga seorang Trainer bertauliah PSMB (Pembangunan Sumber Manusia Berhad) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Pengajarannya mudah difahami dan disenangi oleh peserta.

Berpengalaman selama 10 tahun sebagai trainer. Beliau telah melatih ramai kakitangan kerajaan dan swasta samada secara kursus in-house atau terbuka dalam pembangunan laman web seperti Joomla!, WordPress, Opencart dan beberapa lagi.

Beliau telah mencipta satu kaedah yang memudahkan dan menyeronokkan dalan pembelajaran Pembangunan & Pengurusan CMS Joomla! yang dinamakan 3 Formula Rahsia Belajar Joomla!. Kaedah ini mudah difahami oleh peserta dan tiada dimana-mana panduan kecuali di dalam kursus kendaliannya sahaja.

Beliau berpengalaman dalam bidang IT dan telah melatih ribuan orang dalam pelbagai topik IT seperti pembangunan laman web dan perniagaan online. Beliau pernah bertugas di beberapa GLC selama lebih 10 tahun. Kini beliau bertugas sebagai trainer sepenuh masa di JomTraining Centre (JTC).

Pembangunan & Pengurusan CMS Joomla!

JADUAL TENTATIF PROGRAM

Berikut adalah jadual tentatif program Pembangunan & Pengurusan CMS Joomla! yang akan diadakan selama 3 hari.

MASA HARI PERTAMA HARI KEDUA HARI KETIGA
9.00 – 10.30AM • Pengenalan Kepada Joomla!
• Apakah Keperluan Penting Sebelum Memasang Joomla!?
• Bagaimana Memasang Joomla! di Local PC dan Hosting?
• Cara Memasang Web Server di Local PC
• Mulakan Pembangunan Web Joomla!
• Membina Menu dan Submenu
• Apa itu Menu Class Suffix dan Module Class Suffix
• Membina Article
• Memasukkan Gambar
• Pemasangan Module mengikut keperluan sesebuah laman web korporat
• Pembinaan Menu Tambahan
• Module Menu
10.30 -11.00AM Rehat Minda / Minum Pagi
11.00 – 1.00PM • 3 Rahsia Cara Mudah Belajar Joomla!
• Mengenalpasti 3 Perkara Penting dalam sesebuah Joomla!
• Memahami 3 Perkara Penting Joomla!
• Apa itu Extensions?
• Dimana Mendapatkan Extensions Percuma / Berbayar?
• Cara Memasang Extensions
• Memasang Extension Galeri Gambar, Video & Audio
• Apa itu Components?
• Pemasangan Components Joomla! Core
• Pemasangan Components 3rd Party Extensions
1:00 – 2.00PM Rehat Minda / Solat / Makan Tengahari
2:00- 3:30PM • Membuat Konfigurasi Global
• Pemasangan Template
• Tahu Jenis-jenis Template
• Memahami fungsi dan penggunaan Template
• Mengenalpasti Template Position
• Mendapatkan Template Secara Percuma atau Berbayar
• Pengurusan Article (Categories dan Articles)
• Membina kandungan artikel dalam format Blog
• Menyusun atur format Blog
• Menguruskan Halaman Utama (Featured Article / Category Blog)
• Membuat Backup dan Restore
• Pengurusan Extension (Module, Plugin, Language, Template, Components)
• Asas Keselamatan Joomla!
3:30 – 4.00PM Rehat Minda / Minum Petang
4.00 – 5.00PM • Membuat Pilihan Multi-Bahasa (Melayu, English dan lain-lain)
• Pemasangan Extension Language
• Apa tu Joomla! System Language?
• Apa itu Content Language?
• Pemasangan Module
• Apa itu Module?
• Langkah-langkah Penting Pemasangan Module
• Cara Pemasangan Module Joomla! Core
• Cara Pemasangan Module dari JED
• Memasang web Joomla! yang telah siap di hosting / Internet
• Memindahkan Fail Web Joomla ke Hosting
• Capaian di Internet dan Web Responsive
5.00PM Tamat hari Pertama Tamat hari Pertama Penyampaian sijil & sesi fotografi.
Kursus Tamat

* Jadual tertakluk kepada perubahan (jika perlu).

Font Resize
Contrast