When:
18/02/2019 @ 9:00 am – 21/02/2019 @ 5:00 pm
2019-02-18T09:00:00+08:00
2019-02-21T17:00:00+08:00
Where:
Hotel Kobemas Melaka
1
Jalan MITC Prima, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka
Malaysia
Cost:
RM2500
Contact:
Faridah Ab. Rahman
016-2636101
Faridah Ab. Rahman

Faridah Ab. Rahman

Penulis at JomTraining Centre
Faridah Ab. Rahman

Latest posts by Faridah Ab. Rahman (see all)

kursus php laravel framework

Adakah anda ingin membangunkan atau menyelenggara sendiri sistem di Jabatan atau Organisasi anda?. Contohnya sistem cuti, sistem tempahan bilik, kenderaan, surat dan pelbagai lagi? Tetapi anda tidak tahu caranya. Anda boleh mengupah saja vendor atau freelance develepor untuk membangunkannya. Namun tinggi pula kosnya. Belum lagi kos penyelenggaraan yang perlu diambil kira selepasnya. Namun, anda sebenarnya boleh membangunkan sendiri dengan mengggunakan PHP Laravel Framework & MySQL. Teknologi hari ini membolehkan anda membina sesebuah sistem dengan cepat dan mudah. Ini kerana teknologi PHP telah bertambah maju dengan adanya PHP Framework.

Tahukah anda PHP Framework jenis Laravel adalah pilihan terbaik pada masa ini. Berbanding framework yang lain seperti CodeIgniter, Yii, CakePHP, Symfony dan lain-lain lagi. Ini kerana kod Framework Laravel lebih singkat dan mudah diurus selain banyak lagi kelebihannya.

Untuk pengetahuan anda syarikat gergasi seperti Yahoo, Google, eBay, FaceBook, Oracle, Wikimedia juga menggunakan kod berasaskan PHP & MySQL. Begitu juga aplikasi popular CMS seperti Joomla!, WordPress, Opencart dan lain-lain lagi. Oleh itu, adalah sangat sesuai untuk anda menggunakan PHP Laravel Framework & MySQL untuk pembangunan sistem di organisasi anda. Tambahan pula ianya adalah percuma (open source).

PERMASALAHAN SEMASA

Adakah anda menghadapi pelbagai masalah untuk membangun atau mengurus sistem menggunakan PHP Laravel Framework & MySQL? Beberapa permasalahan di bawah ini mungkin berlaku dan anda ingin menyelesaikannya.

× Kakitangan tidak tahu cara yang betul untuk membina dan membangunkan sistem di organisasi anda.
× Kakitangan hanya tahu perkara asas sahaja dan tiada keyakinan dan kemahiran ditahap tertentu untuk membangun sepenuhnya.
× Kakitangan tiada rakan sekerja yang mahir atau tahu bagaimana cara membangunkannya. Oleh itu tiada rujukan.
×  Organisasi anda terlalu bergantung kepada vendor untuk membangunkan, mengemaskini atau menyelenggara sesuatu sistem.
× Pengubahsuaian sistem memerlukan masa dan kos sedangkan mungkin ia perkara kecil sahaja kerana anda bergantung kepada vendor.

 

OBJEKTIF

Melalui latihan ini kakitangan akan dapat:

1. Mempelajari secara praktikal teknik membangun dan mengurus sebuah sistem bermula daripada zero hingga berjaya menyiapkannya.
2. Mempelajari fungsi-fungsi penting PHP Framework Laravel & MySQL versi terkini.
3. Mentadbir dan mengurus sistem dalaman (sedia ada) dengan lebih yakin dan berkemahiran.
4. Mengetahui kegunaan dan potensi yang boleh diekploitasi melalui Framework Laravel dan MySQL untuk digunakan di dalam organisasi.
5. Mempelajari memasang sistem yang telah siap dibangukan tersebut menggunakan domain dan hosting sebenar dan di local pc.
6. Meningkatkan skil kemahiran kakitangan dalam pengaturcaraan dan pembangunan sistem.

 

METODOLOGI KURSUS

Kaedah latihan yang akan diberikan adalah secara praktikal atau hands-on. Ia akan dibimbing oleh tenaga pengajar di dalam kelas.

Latihan secara praktikal 1 orang 1 komputer.
Latihan memasang PHP Framework Laravel & MySQL dan perisian berkaitan menggunakan local server. PC peserta akan dijadikan sebagai web server.
Latihan memasang sistem yang telah siap menggunakan domain & hosting sebenar (perlu ada talian Internet).
Domain & hosting disediakan kepada setiap peserta untuk tujuan pembelajaran.

 

SIAPA PATUT HADIR?

Kursus ini sesuai dihadiri oleh kakitangan yang terdiri daripada:

Kakitangan / pegawai teknologi maklumat yang terlibat membangunkan sistem jabatan atau organisasi.
Kakitangan yang ingin menyelenggara sendiri sistem dalaman organisasi. Tidak bergantung kepada vendor lagi.
Software Developer / System Developer / Software Engineer jabatan / organisasi.
Kakitangan yang ingin menambah skil individu dalam bidang tugasnya.
Kakitangan yang ingin menjadikan kemahiran membina sistem sebagai sumber pendapatan sampingan dengan mengambil upah membangunkan suatu sistem kepada pelanggan.

 

PROFIL PENGAJAR

Saudara Amirol Zolkifli merupakan seorang tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pembangunan sistem berasaskan PHP Laravel Framework & MySQL.

Beliau banyak membangunkan sistem untuk jabatan kerajaan dan swasta. Antara sistem yang dibangunkan adalah untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM), SifuFBAds dan lain-lain lagi.

Beliau melatih ramai kakitangan kerajaan dan swasta samada secara in-house atau terbuka dalam Laravel Framework, PHP, MySQL/MsSQL.

Beliau juga mengkomersialkan sistem yang dibangunkan menggunakan platform PHP Laravel Framewrok & MySQL. Ianya telah digunakan oleh masyarakat awam iaitu antaranya Sistem Affiliate Lite(SAL), Facebook Page Tab, Sistem Borang, Kedai Online dan beberapa lagi.

 

JADUAL TENTATIF PROGRAM

Berikut adalah jadual tentatif program yang akan diadakan selama 4 hari.

MASA HARI PERTAMA HARI KEDUA HARI KETIGA HARI KEEMPAT
9.00 – 10.30AM • Apa itu PHP?.
• Apa yang dapat dilakukan dengan PHP?.
• Pemasangan Web Server.
• Bagaimana PHP berfungsi?.
• Pengenalan Kepada Laravel.
• Menyediakan keperluan persekitaran untuk membangunkan perisian Laravel.
• Sintaks PHP.
• Routing.
• Asas Routing Laravel.
• Apa itu MySQL / MsSQL?.
• Mengapa gunakan MySQL/ MsSQL?.
• Menetapkan username dan katalaluan.
• Membina database.
• Migrations & Seedings.
• Bagaimana membina fail migrations dan models.
• Bagaimana membina fail seeds.
• Tips dan Triks Migration.
10.30 -11.00AM Rehat Minda / Minum Pagi
11.00 – 1.00PM • Mengenali Composer dan Kepentingannya.
• Memuat turun dan memasang Laravel.
• Memahami Struktur Direktori Laravel.
• Mengenali Namespaces.
• Script PHP pertama saya.
• Sintaks PHP.
• Get, Post, Put, Patch, Delete, Any.
• Mencipta table.
• Interaksi dengan MySQL – select, insert, delete, update, search.
• Eloquent Relationships.
• Asas Eloquent ORM.
• Mass Assignment.
• CRUD (Create, Read, Update, Delete).
1:00 – 2.00PM Rehat Minda / Solat / Makan Tengahari
2:00- 3:30PM • Sintaks asas PHP – pembolehubah, konstan dan jenis-jenis data. • CSRF (Cross-Site Request Forgeries) Protection.
• Route Parameters – Route Groups.
• Fungsi (function).
• Asas Penggunaan Controllers (menguruskan logik operasi sistem).
• Relationships.
• Tips and Triks Laravel.
• Form Validations.
3:30 – 4.00PM Rehat Minda / Minum Petang
4.00 – 5.00PM • Sambungan Sintaks asas PHP – pembolehubah, konstan dan jenis-jenis data. • Blade Templating (Views).
• Memahami Penggunaan Blade.
• Menghantar Data Ke Blade.
• Controllers.
• RESTful Resource Controllers.
• Method Injections.
• Flash Messaging.
• Form Model Binding.
• Pagination.
5.00PM Tamat Hari Pertama.  Tamat Hari Kedua. Tamat Hari Ketiga. Penyampaian sijil & Sesi fotografi
Kursus Tamat.

* Jadual tertakluk kepada perubahan (jika perlu).

Font Resize
Contrast