Select Page

Hubungi Kami

Hantarkan pertanyaan anda.

Pejabat Urusan

JOMTRAINING CENTRE (JTC)
E-4-8, Pusat Perdagangan Puchong Prima
Jalan Prima Utama 5/3
47150 Puchong, Selangor.
Tel: 03-80524004    Faks: 03-20349414
H/P: 016-2636101
Emel: admin@jomtraining.com.my

    
INFO BAYARAN: 
Cash / Local Order (LO) / Pesanan Kerajaan / Cek / Bank Transfer
Nama:  ADLINA RESOURCES
No. Akaun: 562777223611 (Maybank)
MOF: 357-02279563
Bumi: BP22180494431795057
No. Syarikat: SA0431097-A

  HRDF CLAIMABLE 
Nama: LIVEWEBS NETWORK & TECHNOLOGY SDN. BHD.
No. Akaun: 562777207375 (Maybank)
GST: 000685805568
No. Syarikat: 880913-T

Siapa JTC?

Latarbelakang JTC

JomTraining Centre atau ringkasnya JTC telah mula beroperasi pada bulan Februari 2008.

JTC menyediakan khidmat latihan terutamanya khidmat latihan IT terbuka kepada semua. JTC juga menyediakan kemudahan sewaan bilik untuk kursus, seminar dan latihan berskala kecil dan sederhana yang lengkap dengan kemudahan projektor, komputer dan lain-lain keperluan yang bersesuaian.

Mulai bulan Januari 2018, JTC diuruskan sepenuhnya oleh Adlina Resources.

Sejak mula beroperasi, JTC telah melatih ramai kakitangan dalam kursus tertentu. Mereka terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, orang perseorangan dan juga pelajar IPT / IPTS.

Pejabat Urusan JTC telah berpindah ke pemis milik sendiri di Pusat Perdagangan Puchong Prima, Selangor mulai 1 Julai 2016.

JTC berpengalaman mengendalikan beberapa kursus samada secara terbuka atau dalaman kepada organisasi atau individu yang berminat. Untuk mengetahui kursus yang diadakan ketika ini boleh melihat senarai  atau jadual kursus di dalam laman web ini.

Perkhidmatan JTC

.

1. Mengadakan pelbagai jenis kursus, seminar dan latihan berasaskan IT dan Soft Skill.

2. Menyediakan kemudahan bilik latihan yang tersedia kemudahan termasuk UniFi berkelajuan tinggi.

3. Mengadakan kursus dan latihan mengikut permintaan pelanggan.

4. Menyediakan sewaan komputer (notebook), projektor, printer dan keperluan khidmat latihan yang sewajarnya.

Visi, Misi dan Ojektif

Visi

Menjadi sebuah pusat latihan terbaik dan contoh milik bumiputera yang sentiasa memenuhi standard khidmat latihan sesebuah organisasi.

Misi

Memberi perkhidmatan latihan yang berkualitim profesiona, cekap dan berkesan selaras dengan piawaian yang ditetapkan.

Menjalin kerjasama erat dengan pelbagai pihak samada individu atau organisasi demi memenuhi keperluan sesebuah latihan.

Objektif

Menyedia dan memberi khidmat latihan secara profesional dan berkualiti.

Menyediakan kemudahan ruang latihan bersakala kecil dan sederhana yang selesa, bersih dan menyenangkan.

 

Amalan Budaya JTC

Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai perantara. Komunikasi pertuturan dan penulisan kami akan menggunakan bahasa Melayu yang betul.

Mengamalkan kesopan santunan budaya Melayu tinggi. Kami memuliakan semua pelanggan kami dengan panggilan yang selayaknya mengikut kesopanan Melayu.

Patuh syariah. Kami sebaik mungkin akan memberi gambaran yang sebenarnya. Kami juga tidak mengamalkan budaya memberi dan menerima sesuatu yang boleh dianggap rasuah.

Akur kepada kebenaran biarpun ianya pahit. Kami tidak mengutamakan sesuatu secara membuta tuli. Kami akur jika ianya memang suatu yang benar. Begitu juga sebaliknya.