Faridah Ab. Rahman

Faridah Ab. Rahman

Penulis at JomTraining Centre
Faridah Ab. Rahman

Latest posts by Faridah Ab. Rahman (see all)

Kursus pembangunan sistem menggunakan PHP Laravel Framework & MySQL di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bermula hari ini selama 4 hari.

22 – 25 Jan 2019 (Selasa – Jumaat)
9am – 5pm
MPOB – Ibu Pejabat Bangi, Selangor.

Memandangkan hari Isnin semalam adalah cuti umum (Thaipusam – Cuti negeri Selangor), maka kursus dimulakan pada hari Selasa. Maka akan tamat pada hari Jumaat nanti. Walaupun kami jarang mengadakan kursus pada hari Jumaat tetapi ianya tidak menjadi masalah jika perlu. Kami mengikut kehendak organisasi.

Kelas bermula pada jam 9.20pagi kerana menunggu beberapa orang peserta yang belum hadir.

Seramai 11 org kakitangan MPOB dari beberapa Unit dijangka hadir untuk mempelajari kursus pembangunan sistem PHP Laravel Framework & MySQL.

  • Seksyen Khidmat Komputer & Multimedia – 4 org
  • Unit Khidmat Komputer – 1 org
  • Bahagian Ekonomi & Pembangunan Industri – 1 org
  • Bahagian Perlesenan & Penguatkuasaan – 4 org
  • Unit Sumber Manusia – 1 org

Peserta terdiri dari pelbagai latarbelakang IT. Ada beberapa orang yang masih baru dengan PHP, maka kursus dimulakan dengan belajar PHP secara asas. Tetapi bagi yang telah biasa dengan PHP, ianya menjadi ulangkaji.

Untuk info MPOB mempunyai 88 cawangan pejabat di seluruh Malaysia.

Font Resize
Contrast