Select Page

“Anda Mencari Training Centre Untuk Seminar,
Kursus, Mesyuarat Yang Selesa, Murah Dan
Hanya 100 Meter Dari Stesen LRT!”

“Anda Mencari Training Centre Untuk Seminar, Kursus, Mesyuarat Yang Selesa, Murah Dan Hanya 100m Dari Stesen LRT?”

Kami mudah dijumpai di…

         

Daripada: Zaki Yusof
Per: Mencari Keselesaan Kursus & Seminar Anda?

Salam sejahtera sahabat,

Adakah anda mencari tempat untuk latihan, seminar atau tempat mesyuarat di sekitar Lembah Klang ini?

Jika ya, anda sudah menjumpainya di sini.

Oleh itu jangan kemana-mana lagi dan teruskan membaca apa yang bakal saya tuliskan ini.

Nak Tahu Cerita Pengalaman Saya Menyewa

Sebuah Training Centre Suatu Masa Dulu?

Nak Tahu Cerita Pengalaman Saya Menyewa Sebuah Training Centre Suatu Masa Dulu?

Sebenarnya, saya juga menjalankan beberapa kursus berkenaan ICT dan memerlukan bilik training untuk tujuan tersebut.

Setiap kali kursus ia melibatkan penggunaan komputer dan setiap komputer tersebut perlu ada capaian Internet yang laju iaitu sekurang-kurangnya 10Mbps.

Oleh itu saya hanya boleh menjalankan kursus di training centre terpilih yang ada kemudahan tersebut sahaja.

Kalau nak buat di hotel tak berbaloilah… susah nak cari hotel yang ada kemudahan capaian talian Internet yang stabil untuk training.

Kadangkala baru cuba sekali dua dah tak boleh akses. Banyak kali pengalaman menjalankan kursus di hotel-hotel. Sama sahaja!

Kesimpulannya capaian Internet di hotel tak boleh diharap… tersengguk-sengguk macam siput sedut! Tambahan pula ada hotel perlu sewa penggunaan Internet mengikut jam untuk setiap peserta.

Tak praktikal lah nak buat di hotel.

Saya sedang mengadakan kursus ICT di sebuah training centre yang disewa suatu ketika dulu.

Oleh yang demikian saya menyewa beberapa buah training center terpilih berdasarkan kepada keperluan dan kriteria yang saya tetapkan. Saya memang agak memilih dalam membuat pemilihan kerana saya juga akan memikirkan dari segi lokasi, kemudahan peralatan, keadaan ruang dalaman, harga, makanan dan sebagainya.

Beberapa training centre telah saya gunakan. Namun, apa yang mengecewakan saya kualiti perkhidmatan mereka sangat tidak memuaskan saya. Banyak masalah yang timbul walaupun mereka janji semuanya akan okay! Oleh itu terpaksalah saya berpindah randah mencari training centre lain bagi menjamin kualiti perkhidmatan training yang saya anjurkan supaya peserta-peserta juga berpuas hati.

Cerita ini bukan untuk memburukkan mana-mana pihak..

Sebagai Renungan Dan Iktibar. Semoga Anda

Tidak Mengalami Pengalaman Seperti Saya Ini…

Sebagai Renungan Dan Iktibar. Semoga Anda Tidak Mengalami Pengalaman Seperti Saya Ini…

Janji buka pejabat jam 8.30pagi, namun hampir jam 9pagi baru buka. Akibatnya ramai peserta saya terpaksa menunggu di luar dan beranggapan saya tak menepati janji walaupun sebenarnya ia akibat kelewatan kakitangan training center yang tiada kena mengena dengan saya. Peserta pun dah lain macam pandang saya!
Bila saya hubungi mereka, “Cik X, dimana sekarang? Peserta-peserta saya dah tunggu ni”, macam-macam pula alasan diberikan. Hantar anak lah, si anu yang pegang kunci lah, dan macam-macam… sepatutnya saya tak perlu dengar semua alasan tu!
Bayangkanlah pada waktu itu, masa untuk kursus dah terjejas. Apa tidaknya, sarapan pagi baru nak setting oleh katerer, pendaftaran pun ambil masa juga, re-check ICT equipment dan macam-macam kerja nak dibuat.
Pernah berlaku, kakitangan saya diherdik di hadapan peserta kursus saya kerana meminta untuk menggantikan PC yang rosak (tak boleh digunakan) oleh peserta saya. Ia sungguh memalukan dan saya sangat kasihan dengan kakitangan saya umpama kami menagih simpati kepada mereka. Walhal itu sudah menjadi tanggungjawab mereka.
Bilik komputer tidak diuruskan lagi. Terpaksalah saya sendiri dan pembantu saya yang menguruskannya hingga berpeluh-peluh dibuatnya mengangkat ke sana ke mari. Padahal peringatan sudah diberikan beberapa kali sebelum tarikh kursus.
Janji nak sediakan kakitangan teknikal kerana mungkin akan berlaku masalah teknikal ICT yang tak diduga. Tapi bila ada masalah, kakitangan teknikal tiada. Bercuti di rumah...Hairan saya dibuatnya!
Saat-saat akhir booking saya dibatalkan sesuka hati mereka (tanpa ada tolenrasi). Dimana saya nak cari tempat lain dengan masa yang terhad? Sedangkan semua peserta sudah dimaklumkan. Terpaksalah saya mencari training center yang baru dengan harapan tempat baru lebih baik lagi.
Malangnya... 2x5, 5x2 juga... masalah yang sama tetap berlaku. Servis mereka sangat mendukacitakan.
Walaupun perkara-perkara ini berlaku, kesemua mereka dengan mudahnya hanya cakap "Maaf encik Zaki" Itu saja! Sepatutnya... wajar kalau saya potong harga kos sewaan kerana servis yang tak memuaskan tu? Namun hakikatnya itu tidak berlaku. Terpaksalah juga saya membuat bayaran penuh juga.
Aaaaahhh... fed-up saya dibuatnya! Kini saya serik untuk menggunakan perkhidmatan mereka lagi.

Tak perlulah saya sebutkan nama-nama training centernya. Agak terkenal juga. Tetapi hakikatnya, perkhidmatan mereka umpama melepaskan batuk ditangga. Saya harap apa yang berlaku kepada saya ini tidak akan berlaku kepada anda juga.

Untuk itu, saya ingin memperkenalkan …

JomTraining Centre™ atau ringkasannya JTC

berupaya memenuhi keperluan kursus

atau seminar anda!

JomTraining Centre atau ringkasannya JTC berupaya memenuhi keperluan kursus atau seminar anda!

Tonton Video JTC

Apa Yang Kami Tawarkan?

3 Bilik Seminar Bersih dan Selesa

3 bilik latihan / seminar yang boleh dipilih. Iaitu Bilik Orkid, Tulip dan Rose, Bilik berskala sederhana dan kecil yang selesa (tidak sempit) memuatkan sehingga 40 orang (jika kerusi dan meja).dan 80 orang (jika kerusi sahaja).

Komputer Laptop

Sekiranya kursus anda memerlukan komputer, kami menyediakan kemudahan komputer riba atau laptop berjenama Dell / Acer / HP. Laptop disediakan bersama mouse. Capaian Internet setiap laptop secara wifi. Laptop dalam keadaan diselenggara baik.

Internet UniFi Wifi

Capaian Internet berkelajuan tinggi UniFi 30Mbps. Internet boleh dicapai secara serentak 50-60 orang dalam satu masa. Kami ada cara untuk tujuan tersebut. Tidak seperti kebanyakan hotel capaian Internetnya yang terhad!

Projector, White Board, Marker

Paparan projektor yang terang dan jelas. Projektor berjenama Dell dan Epson. Paparan yang sempurna (tidak senget atau separuh imej). Semua projektor adalah digantung bagi keselesaan peserta. Whiteboard dan marker juga disediakan.

Bilik Berhawa Dingin

Semua bilik berhawa dingin bagi memastikan keselesaan peserta. Kipas juga disediakan sebagai tambahan untuk keselesaan. Airkond jenis siling dan dinding digunakan.

Bilik Makan

Bilik makan disediakan khas jika anda memerlukan kemudahan untuk makan peserta. Bilik makan berhawa dingin dan berkipas. Bilik makan boleh memuatkan ramai peserta yang ada.

Berdekatan Stesen LRT

JTC hanya 100 meter sahaja dari Stesen LRT Puchong Prima. Hanya berjalan kaki beberapa minit sudah boleh sampai ke JTC. LRT ini adalah laluan Sri Petaling iaitu laluan dari bandaraya Kuala Lumpur sehingga melalui laluan Subang Jaya dan Kelana Jaya dan ke Kuala Lumpur semula.

Persekitaran Pusat Komersial

JTC terletak di Pusat Perdagangan iaitu pusat komersial yang mempunyai banyak kemudahan perniagaan seperti pasaraya besar OTK, bank (Maybank / Hong Leong), kedai makan Muslim atau Non-Muslim. Mudah untuk anda mendapatkan sebarang keperluan mendesak bila-bila masa di sini.

Bas Awam RapidKL dan Ekspress

Berdekatan Stesen Bas RapidKL dan Teksi iaitu hanya 100 meter jalan kaki berdekatan  stesen LRT Puchong Prima. Bas RapidKL adalah laluan ke K.L (Pasar Seni). Hentian akhir Bas Ekspres Transnasional dan Ekspress Perdana di Puchong Prima (bas ekspress dari Pantai Timur). Terdapat juga kaunter jualan tiket bas ekspres ke destinasi terpilih Pantai Timur / Utara / Selatan.

Surau Luas dan Berasingan

Surau JTC berasingan antara lelaki dan perempuan. Ianya juga luas, selesa dan bersih. Tempat wuduk juga disediakan (bukan di dalam tandas) dan berasingan antara lelaki dan perempuan. Disamping berkursus, JTC juga menitikberatkan keselesan beribadah kepada peserta muslimin dan muslimat.

Mudah Mendapatkan Grab

Terdapat banyak pemandu Grab di sekitar kawasan ini. Kawasan ini memang dikenali dan mudah dikunjungi oleh mereka. Anda hanya perlu menunggu beberapa minit sahaja dan mereka pasti datang ke sini.

Ada Kemudahan Lif

Kemudahan lif memberikan keselesaan daripada terpaksa bersusah payah menaiki tangga beberapa tingkat. Ianya juga memudahkan anda membawa barang-barang keperluan kursus.

Lokasi JTC

JomTraining Centre

JomTraining Centre @ JTC
Pusat Perdagangan Puchong Prima,
Jalan Prima Utama 5/3, Taman Puchong Prima,
47150 Puchong, Selangor.

Apa Kata Mereka?

Najib Asaddok

Pada mulanya saya mencari beberapa tempat untuk mengadakan bengkel ebay tetapi setelah melakukan survey saya dapati harga yang diberikan sangat tingg.

Itu belum masuk sewa projektor. Akhirnya saya terjumpa JTC dan bertanya harga sewa yang ditawarkan Saya sangat terkejut harga tawaran sangat berpatutan dengan servis yang ditawarkan termasuk makan minum peserta. Kebanyakan peserta bengkel ebay saya sangat berpuashati dan selesa oleh kerana kemudahan lengkap yang disediakan tak memerlukan peserta keluar dari JTC.

Jadi ini menjimatkan masa dan peserta dapat menepati masa untuk setiap sesi bengkel saya. Kini dah 3 kali saya gunakan JTC dan baru sahaja menempah untuk menggunakannya buat kali ke 4. Terima kasih atas servis terbaik oleh team JTC!

Mohd Najib Bin Asaddok
Trainer & Internet Marketer
www.facebook.com/najibasaddok

Ammar Zahar

Pada mulanya saya tidak bercadang menggunakan JTC kerana saya telah ada tempat lain untuk seminar saya.

Namun disebabkan masalah tertentu saya terpaksa memilih JTC.

Tak sangka setelah menggunakan JTC, saya terus terpikat dengannya kerana kemudahan yang disediakan di sini sangat-sangat memuaskan.

Bilik training selesa, kemudahan komputer serba baru dan semuanya berfungsi dengan baik.

Makanannya pula sedap. Semua peserta saya pula berpuas hati dengan kemudahan yang diberi.

Mereka kata tak rugi datang seminar Ammar di sini…untuk mencari JTC pun tidaklah susah.

Selepas ini saya pasti akan gunakan JTC lagi.

Ammar Zahar
Internet Marketer
www.facebook.com/ammarzaharpage

Aridz

Segala- galanya yang dinyatakan oleh En. Zaki benar belaka. Saya amat berterima kasih kepada En. Zaki yang menyediakan tempat sebegini.

Pengalaman ngeri malapetaka saya di tempat lain membuktikan segala- galanya.

Mungkin En. Zaki tidak berapa ingat, saya telah menggunakan khidmat JTC sebanyak 9 kali sudah.

More to comes. Thank you very much En. Zaki!

AridzTech
Internet Marketer
www.facebook.com/mraridz

Izhan Khalib

Saya kenal pemilik JTC kerana beliau kawan lama saya. Tak sangka beliau dah ada jenama JTC. Asalnya saya memang tak bercadang gunakan JTC. Saya lebih suka cari di tempat lain.

Tetapi harganya agak tinggi berbanding JTC. Akhirnya saya memilih JTC.

Walaupun baru pertama kali gunakan JTC, tapi saya sangat berpuashati. Servis yang diberikan memang tip top!

Internet line di sini pun best. Kursus saya 99% gunakan Internet. Memang lancar jer… takde masalah.

Semua peserta kursus saya suka training di sini. Akan datang saya pasti akan gunakan lagi.

Izhan Khalib
IT Experts
www.anjungcafehosting.com

Jamal SifuFbads

Tiada cadangan, dah terbaik!

Kemudahan yang terbaik bagi saya. Semua kerja menjadi mudah, pantas dan memuaskan.

Saya ingin membuat bengkel lagi di sini pada masa akan datang.

Jamal
Sifu FBAds
www.facebook.com/sifufesbukads

Shuth

Saya telah beberapa kali mengadakan seminar di JTC.

Sebelum ini saya mengadakan di hotel terpilih tetapi setelah pertama kali menggunakan JTC saya terus terpikat dan menggunakannya buat kali yang seterusnya.

Memang terbukti JTC terkenal dengan perkhidmatan terbaik dalam kemudahan latihan (training facilities).
Bagi yang belum menggunakannya, saya sangat syorkan anda mencubanya kerana segala yang disediakan adalah yang terbaik untuk anda.

Mereka sangat komited. Buktinya segala persiapan bilik kursus, alat bantuan mengajar, komputer, makanan dan lain-lain keperluan telah pun lengkap mereka sediakan sebelum kursus anda bermula.

Saya suka JTC. Semoga JTC terus maju.

Shuth
Internet Marketer
Shuth Network Sdn. Bhd.
KlikJer.com

Suhaily

Beberapa tahun menjalankan training dengan hanya mencari kolej sebagai tempat training, bukan tidak ingin mencuba training centre yang lebih profesional tetapi masih belum berjumpa dengan tempat yang betul-betul rasa sesuai dan selesa.

Beberapa bulan lepas terjumpalah satu tempat training iaitu JTC sewaktu melayari Internet. Psstt.. itulah kelebihannya apabila menjalankan dan mempromosikan perniagaan secara online.

Ingin mencuba tetapi belum sampai serunya dan rezeki itu datang tanpa diduga apabila diundang sebagai trainer untuk menjalankan bengkel ICT di sana.

JTC Puchong ini satu lokasi yang agak strategik, parking pun banyak.

Tempat latihan bagi saya sangat sesuai, mungkin lain orang lain citarasanya tapi bagi saya jika seorang trainer itu seorang yang colourful, memang bagus tapi sangat baik jika suasana latihan itu tidak menyakitkan mata, contohnya penggunaan warna latar, wallpaper dan sebagainya dan saya andaikan semua orang inginkan seperti itu jadi saya sarankan anda memilih JTC sebagai tempat latihan.

Tidak percaya, tidak mengapa tapi datang sendiri dan lihat sendiri.

Memang ianya tidak setanding dengan tempat yang lebih besar dan high class tapi keluasaannya yang mampu menampung 30 – 40 peserta (bermeja) dalam satu-satu masa sangat sesuai berbanding dgn tempat yang sama luasnya tapi terlalu sakit mata memandang, biar simple tapi selesa dan biar tidak ramai tapi semua boleh memahami apa yang disampaikan.

Dari segi pengurusan, makanan yang disediakan memang sedap, tak tahu citarasa orang lain tapi ia cukup mengenyangkan dan membuatkan kita 2nd round.

Jika ada masalah teknikal ianya cepat disettelkan dan rasanya jika tuan empunya letakkan SLOGAN JTC di kaunter pertanyaan lagi sedap mata memandang cuma tak tahulah kalau saya terlepas pandang.

Next time jika ada peluang untuk menjalankan training sendiri, saya pasti memilihnya.

Terima kasih..

Muhammad Suhaily
Trainer Profesional
effectivepresenter.wordpress.com

Mereka Seronok!

Anda bila lagi?

Buat tempahan sekarang!

Subscribe Newsletter JomTraining Centre!

Anda akan menerima update terkini dari JomTraining Centre.

Sila semak emel anda (dalam 5 minit) untuk pengesahan.